Malam Anugerah Planet Muzik 2015 (APM 2015), menyaksikan penyanyi Faizal Tahir membawa pulang dua trofi dalam kategori Lagu Terbaik Malaysia dan Lagu Terbaik Serantau menerusi lagu Assalamualaikum.

Sementara itu penyanyi Singapura, Taufik Batisah mengungguli malam APM 2015 dengan membawa pulang empat trofi menerusi kategori Lagu Paling Popular Singapura, Artis Paling Popular Singapura, Ikon Media Sosial dan Lagu Paling Popular menerusi lagu Awak Kat Mane.

Penyanyi baru Indonesia, Kunto Aji berjaya memenangi dua kategori iaitu Artis Baru Terbaik Lelaki dan Lagu Terbaik Indonesia menerusi lagu Terlalu Lama Sendiri.

APM 2015 berlansung di Suntec, Singapura Dihoskan oleh Fiza O dari Singapura, Caesar Gunawan dari Indonesia dan Jihan Muse dari Malaysia, disiarkan bermula jam 8.30 malam menerusi Astro Ria saluran 104 dan Media Corp Singapura.

Astro Gempak kongsikan keputusan Senarai Pemenang Anugerah Planet Muzik 2015:


Anugerah Khas Planet Muzik 2015

Allahyarham A. Ramlie & The Rythmn Boys


Lagu Terbaik Malaysia

Assalamualaikum- Faizal Tahir


Lagu Terbaik Indonesia

Terlalu Lama Sendiri- Kunto Aji


Lagu Terbaik Singapura

Iman League’s ft Lion Story- Lisa


Anugerah Rentas Planet

Anggun


Artis Terbaik Wanita

Raisa- Jatuh Hati


Artis Terbaik Lelaki

Judika- Apakah Ini Cinta


Band Terbaik

Iman League’s ft Lion Story- Lisa


Lagu Paling Popular APM

Taufiq Bautisah- Awak Kat Mane


Artis Paling Popular APM

Fatin Shidqia Lubis


Ikon Media Sosial

Taufiq Bautisah


Duo Kumpulan Terbaik

Rossa dan Afgan- Kamu yang ku tunggu


Kolobrasi Terbaik Artis

Cakra Khan dan Dato Siti Nurhaliza- Seluruh Cinta


Kolobrasi Terbaik Lagu

Sezairi- Jangan Coba Berlari


Artis Baru Lelaki Popular

Kunto Aji- Terlalu Lama Sendiri


Artis Baru Wanita Popular

Elizabeth Tan- Knock-knock


Artis Paling Popular Singapura

Taufiq Bautisah


Lagu Paling Popular Singapura

Awak Kat Mana- Taufiq Bautisah

Teks Oleh: Hafiza Kamarudin