Kehangatan konsert akhir #AF2015 kian terasa apabila finalis kali ini merupakan antara yang paling hebat sehingga peminat sukar untuk meramalkan siapa bakal bergelar juara.

Empat finalis yang dimaksudkan ialah Syamel, Bila, Sufi dan Sharul.

Melihat pada komen-komen yang diberikan di laman sosial rasmi Akademi Fantasia tidak kiralah sama ada di Facebook, Instagram mahupun twitter, rata-ratanya memperkatakan tentang kehebatan vokal empat pelajar berkenaan.

Jadi, bersempena dengan konsert akhir #AF2015 yang bakal berlangsung pada Ahad ini, Astro Gempak telah senaraikan empat persembahan hebat finalis #AF2015 di bawah: