Ramalan Juara #AF2015 Pilihan Astro Gempak

11 Oktober 2015. 12.10 PM
8,903
Hiburan
Ramalan Juara #AF2015 Pilihan Astro Gempak

Selepas 10 minggu mengharungi pelbagai cabaran, kini tinggal beberapa jam sahaja lagi sebelum pentas akhir #AF2015 menyaksikan persembahan sengit empat finalis iaitu Syamel, Bila, Sufi dan Sharul untuk merebut gelaran juara.

Sudah tentu #AF2015 kali ini merupakan antara yang paling sengit apabila kesemua finalisnya mempunyai kekuatan dari segi vokal yang tiada bandingan.

Jika dinilai dari segi persembahan, Syamel,Bila dan Sufi adalah antara yang sering memberikan persembahan konsisten setiap minggu.

Manakala Sharul pula adalah seorang pelajar yang menunjukkan peningkatan dari segi vokal dan juga persembahan.

Walaupun sering mendapat kritikan, namun Sharul tetap tidak berputus asa untuk memperbaiki kelemahannya dan perubahan ketara pada persembahannya tiap-tiap minggu nyata membuktikan dia layak untuk berada di pentas akhir #AF2015.

Sama seperti peminat #AF2015 yang lain, kami di Astro Gempak juga ada piihan tersendiri.

Ramalan juara #AF2015 pilihan Astro Gempak adalah pelajar yang diberi jolokan suara emas iaitu Syamel.

Kehebatan Syamel terletak pada suara yang lantang serta kebolehannya untuk menyanyikan pelbagai jenis genre lagu bakal menjadi ‘senjata’ untuk berentap dengan tiga finalis lain.

Selain itu, kemampuannya untuk menghayati lirik dan watak yang ada dalam lagu tersebut membuatkan Syamel seolah-olah ‘bersatu dengan lagu yang dinyanyikan.

Namun ini hanyalah ramalan sahaja dan masih terlalu awal untuk menetukan siapa yang bakal bergelar juara kerana semuanya bergantung kepada finalis #AF2015 yang akan memberikan persembahan terbaik dibantu dengan jumlah undian oleh peminat dan penyokong mereka pada malam ini.

Konsert  Akhir #AF2015 bersiaran secara langsung di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).

#AF2015 akan bersiaran secara eksklusif di Astro Ria (saluran 104) dan Ria HD (saluran 123).

Untuk menyaksikan video eksklusif persembahan pelajar #AF2015, sila layari www.af.com.my.

Terlepas aksi #AF2015?

Muat turun aplikasi Astro on the Go di www.astroonthego.com, kemudian anda boleh saksikan bintang #AF2015 kegemaran anda di mana bila-bila masa dan di mana sahaja.

Jangan lupa juga untuk menyertai MV Lip Sync dan berpeluang untuk memenangi telefon pintar. Muat turun aplikasi MV Lip Sync di App Store dan Google Play Store secara percuma.


Teks Oleh: Mya Amri


Artikel Berkaitan


Komen