Corat-Coret Konsert Akhir #AF2015

12 Oktober 2015. 12.32 PM
17,739
Hiburan
Corat-Coret Konsert Akhir #AF2015

Konsert akhir #AF2015 yang berlangsung malam tadi (Ahad) telah pun berakhir dengan menyaksikan Sufi juara Akademi Fantasia pertama dari Singapura dan Syamel selaku naib juara.

Manakala pemenang tempat ketika pula jatuh kepada Bila dan diikuti tempat keempat iaitu Sharul.

Dengan tamatnya konsert akhir tersebut maka selesai sudah perjalanan mereka sebagai pelajar #AF2015 setelah pengetua Edry Abdul Halim mengumumkan penamatan sesi pembelajaran di akademi.

Pelbagai kisah menarik yang berlaku sepanjang konsert akhir #AF2015 berlangsung sama ada di depan mahupun belakang tabir.

Di sini Astro gempak ingin berkongsi kisah atau kejadian menarik yang mungkin penonton setia Akademi Fantasia terlepas pandang.

1. Kalau konsert minggu AF sebelum ini penuh, waktu konsert akhir berlangsung auditorium lebih ‘double’ padatnya dengan kehadiran peminat ingin menyaksikan finalis #AF2015 sehingga terpaksa beratur panjang untuk masuk ke dalam dewan.

2. Sebelum konsert bermula, kesemua krew dan juga team produksi #AF2015 mengambil kesempatan bergambar kenangan di atas dengan memakai baju berwarna hitam. Cool!

3. Baju yang dipakai oleh bekas pelajar #AF2014 Farez nampaknya tidak kena pada tempat apabila dia tampil dengan memakai baju kemeja hitam disertakan dengan coat berbulu.

4. Sebelum SADA Borneo dan Kumpulan Bunkface membuat persembahan pembukaan, dewan dipenuhi dengan ‘flashlight’ yang dinyalakan oleh penonton menerusi lampu telefon pintar masing-masing memeriahkan lagi suasana.

5. Disebabkan ‘crowd’ yang agak ramai membuatkan penghawa dingin di dalam auditorium tidak terasa menyebabkan ada sesetengah penonton dilihat mula mengeluarkan kertas dan mengipas diri sendiri.

6. Sewaktu Sharul menyampaikan lagu pertama berjudul ‘Just The Way You Are’ nyanyian asal Bruno Mars, belon –belon yang diikat telah dijatuhkan ke tempat duduk penonton.

7. Semasa iklan sedang berlangsung, ada orang terpijak belon sehingga meletop dan bunyi yang kuat itu menyebabkan sesetengah penonton melatah kerana terkejut.

8. Sebaik sahaja selesai persembahan istimewa Dato’ Sheila Majid dengan dua buah lagu iaitu ‘Sinaran Cinta’ dan ‘Pengemis Muda’, penyanyi cantik itu kemudiannya dengan ‘sweet’ membuat ‘flying kiss’ kepada suaminya yang merupakan salah seorang konduktor muzik #AF2015 iaitu Acis.

9. Lebih istimewa lagi, dua bekas pelajar sebagai wakil Akademi Fantasia musim pertama hingga #AF2014 hadir ke pentas membuat persembahan lagu keramat mereka iaitu Menuju Puncak. Antara yang hadir ialah Nana AF1, Khai AF1, Anding AF2, Farhan AF4,  Dafi AF5, Nabila #AF2013, Aman dan Nina #AF2014.

10. Aman #AF2014 mengambil kesempatan untuk berselfie di atas pentas bersama alumni Akademi Fantasia.

11. Sewaktu pengumuman pemenang, sedikit salah faham berlaku apabila Syamel tiba-tiba mengangkat tangan dan tersenyum ketika hos #AF2015 Zizan Razak dan Faizal Ismail mengumumkan pemenang tempat keempat iaitu Sharul.  Syamel menyangka bahawa nama yang disebut itu adalah namanya namun Sharul dengan pantas menarik Syamel dan memberitahu keadaan sebenar.

12. Sufi tidak dapat menahan air mata apabila namanya diumumkan sebagai juara #AF2015 dan menangis kegembiraan.

Teks oleh: Mya Amri


Artikel Berkaitan