Ibu Suntik Sikap Takkan Gentar Juara Wushu

12 Oktober 2015. 3.32 PM
1,774
Advertorial
Ibu Suntik Sikap Takkan Gentar Juara Wushu

Ketabahan merupakan semangat yang akan mendidik sikap Takkan Gentar dalam diri kanak-kanak

Juara remaja sukan wushu, Loh Ying Ting tidak pernah gentar menghadapi sebarang cabaran.

Beliau akan menangani setiap cabaran dengan sikap positif dan yakin bahawa setiap kesukaran akan membuka peluang kepada kita untuk mengenali diri sendiri dengan lebih mendalam serta mengetahui had keupayaan, agar kita dapat belajar untuk mempertingkatkan kemampuan diri.

“Selepas setiap perlawanan, saya sentiasa meminta maklum balas dari jurulatih dan rakan seperjuangan yang lebih arif untuk mengetahui apa yang boleh saya lakukan untuk mempertingkatkan prestasi diri.”

Dalam kejohanan Sukan SEA baru-baru ini, yang juga merupakan pertandingan pertama beliau dalam kategori senior, Ying Ting sedar beliau akan bertanding dengan juara bertahan dari Vietnam, namun beliau tidak pernah putus harapan.

Walaupun hanya berjaya menduduki tempat keempat, semangat takkan gentar beliau kekal utuh dan kembali berlatih dengan gigih untuk kejohanan seterusnya. Dengan pencapaian beliau memenangi enam pingat emas di World Junior Championship dan Youth Olympic Games pada tahun lepas, Ying Ting yakin bahawa ketabahan dan usaha gigih pasti membuahkan hasil.

Ibu; tunggak kekuatan

Ying Ting bertuah dan bersyukur kerana mendapat sokongan padu dari ibu beliau, Wong Choi Lin, yang telah menyemai nilai-nilai murni dalam dirinya sejak kecil lagi. Puan Wong memahami bahawa kanak-kanak menghadapi cabaran dalam kehidupan mereka setiap hari dan kerana itu beliau menerapkan prinsip pembangunan jati diri yang telah terbukti berkesan untuk melahirkan anak yang takkan gentar.

 

 

 

Menyemai semangat takkan gentar dalam diri anak anda

1. Anda merupakan penyokong no. 1 anak anda, tetapi jangan terlampau memuji

Pujian yang terlampau boleh memberikan kesan negatif kepada kanak-kanak kerana ia mampu membantutkan keyakinan dan motivasi diri. Ia mengakibatkan mereka berfikir bahawa mereka layak menerima ganjaran setiap kali a meraih kejayaan. Memupuk keyakinan diri kanak-kanak merupakan perkara yang penting namun kita perlu memastikan mereka menghargai nilai usaha gigih sepertimana Ying Ting.

2. Mendefinisikan erti kegagalan dalam diri anak anda

Semasa Ying Ting gagal dua mata pelajaran di sekolah; Puan Wong sentiasa memberi dorongan kepada beliau untuk berusaha lebih gigih kerana beliau memahami bahawa kegagalan untuk mencuba merupakan satu kegagalan. Menerima pakai nasihat ini, Ying Ting terus berusaha dan berjaya mempertingkatkan gred beliau.

3. Bina kejayaan terdahulu anak anda

Apabila kanak-kanak memahami bahawa ketabahan merupakan penggerak kejayaan dalam kehidupan, mereka perlu kerap diingatkan mengenai hakikat ini. Keyakinan yang diperoleh daripada menguasai satu tugasan boleh diaplikasikan kepada bidang yang lain. Ying Ting sering diingatkan ibunya supaya mengamalkan sikap sama yang beliau amalkan dalam bersukan untuk memperbaiki diri dalam bidang pelajaran.


Artikel Berkaitan


Komen