Bekas anggota kumpulan Elite, Abby Abadi dan suaminya Muhammad Faizal Zakaria telah memilih Pulau Langkawi sebagai destinasi bulan madu.

Malah Abby juga telah memuat naik beberapa keping foto percutian mereka di akaun Instagramnya pada Isnin khas buat tatapan peminat.

Foto yang berlatar belakangkan pemandangan indah Pulau Langkawi itu jelas menunjukkan Abby kini sedang meniti hari-hari bahagia bersama suami tersayang.

Sementara itu, pengikut Abby di Instagram telah memberi ucapan tahniah kepada pasangan pengantin baru tersebut pada foto-foto yang telah dimuatnaik.

Di sini Astro Gempak ingin berkongsi foto-foto menarik berbulan madu Abby dan Jai yang diambil menerusi Instagram mereka.

Abby dan Jai selamat bergelar suami isteri pada 14 Ogos lalu.

Sebelum ini dia pernah berkahwin dengan aktor Norman Hakim pada tahun 2002 dan bercerai pada tahun 2008.

Abby kemudiannya menyulam cinta dengan Mohd Noor Farhan Che Bakar, 25, dan berkahwin pada Julai 2003 sebelum bercerai pada Jun 2014.

Teks Oleh: Mya Amri