Gegar Vaganza (GV 2): Amir Ukays Menyesal Tak Sertai Sejak Musim Pertama

14 Oktober 2015. 9.46 AM
9,010
Hiburan
Gegar Vaganza (GV 2): Amir Ukays Menyesal Tak Sertai Sejak Musim Pertama
Penyanyi utama kumpulan Ukays, Amir akui menyesal tidak menyertai program realiti nyanyian Gegar Vaganza sejak musim pertama.

Amir atau nama sebenarnya Mohd. Azmir Muhammad Yusof, berkata  dia menerima tawaran daripada GV pada musim lalu, namun terpaksa menolak kerana jadual kerja yang padat.

“Jujur saya katakan, ketika menonton GV pada tahun lepas terdetik penyesalan dalam hati ini. Sebab itu bila Astro hubungi hubungi saya dan memberitahu hasrat ‘melamar’ untuk GV 2 saya terus terima.

“Saya tidak fikir lama untuk kata ‘ya’ kerana bagi saya program ini merupakan platform yang baik untuk kami kembali diingati dalam industri hiburan tanah air.


“Lagipun memang saya dah tanam niat, kalau Astro ‘offer’ saya sertai Gegar Vaganza saya mesti jadi peserta,” katanya ketika ditemui Astro Gempak pada Majlis Sidang Media Gegar Vaganza 2 di The Gardens baru-baru ini.

Tambah penyanyi Di Sana Menanti, Di Sini Menunggu itu lagi, dia juga sudah bersedia untuk menerima kritikan daripada juri profesional.

“Walaupun dah lama menyanyi, bila orang kritik kita kena terbuka. Setuju atau tidak dengan kritikan juri terima sajalah tak perlu membantah atau melawan tunjuk ‘terror’,” ujarnya.

Kepada para penonton yang mahu mengimbau kembali kenangan Amir bersama Ukays, jangan lupa untuk menyaksikan siaran langsung GV 2 pada Ahad, 18 Oktober secara ekslusif di Astro Ria (saluran 104) dan siaran serentak di Ria HD (saluran 123).


Konsert mingguan GV 2 disiarkan secara langsung dari Dewan Auditorium, Majlis Bandaraya Shah Alam selama 8 minggu.

Teks Oleh: Hafiza Kamarudin

Artikel Berkaitan