Siti Nordiana Kahwin Lepas Usia Anak Cecah 9 Tahun

14 Oktober 2015. 12.15 PM
34,632
Hiburan
Siti Nordiana Kahwin Lepas Usia Anak Cecah 9 Tahun

Enam tahun bergelar ibu tunggal, penyanyi Siti Nordiana hanya akan memikirkan tentang perkahwinan selepas anak lelaki tunggalnya, Ryyan mencecah usia 9 tahun.

Siti Nordiana yang lebih mesra dengan panggilan Nana ini memberitahu dia masih belum yakin untuk mendirikan rumah tangga dalam masa terdekat.

Katanya rasa tidak yakin itu datang apabila memikirkan tentang Ryyan Nakhaei, 7, yang sedang membesar dan sangat memerlukan perhatian.

“Bukan tak mahu kahwin, tapi Nana masih belum puas berkasih sayang dengan Ryyan. Takut nanti dia tersisih pula kalau Nana tiba-tiba kahwin.

“Lagipun Nana masih perlukan kekuatan untuk mengharungi alam rumah tangga buat kali kedua selepas gagal dalam perkahwinan sebelum ini,” katanya kepada Astro Gempak ketika ditemui di Majlis Sidang Media Gegar Vaganza 2 (GV 2) di The Gardens, baru-baru ini.

Peserta GV 2 ini pernah berkahwin dengan pelakon Faizal Yusop sebelum bercerai pada tahun 2009. 

Faizal yang berkahwin lain selepas itu meninggal dunia pada 1 Januari 2011 akibat serangan jantung.

Jika rindukan nyanyian Siti Nordiana, jangan lupa untuk saksikan siaran langsung GV 2 pada Ahad, 18 Oktober secara ekslusif di Astro Ria (saluran 104) dan siaran serentak di Ria HD (saluran 123).

Konsert mingguan GV 2 disiarkan secara langsung dari Dewan Auditorium, Majlis Bandaraya Shah Alam selama 8 minggu.

Teks Oleh: Hafiza Kamarudin


Artikel Berkaitan


Komen