10 Fakta Menarik Tentang Sufi & Syamel #AF2015 Yang Anda Tak Tahu

15 Oktober 2015. 1.49 AM
8,936
Hiburan
10 Fakta Menarik Tentang Sufi & Syamel #AF2015 Yang Anda Tak Tahu

Dengan kemenangan Sufi sebagai juara dan Syamel selaku naib juara #AF2015 maka tamatlah sudah sesi pembelajaran mereka di akademi.

Nampaknya selepas ini penonton setia Akademi Fantasia rindulah untuk melihat gelagat mereka di akademi seperti yang disiarkan menerusi Diari AF.

Selama 10 minggu bersiaran, rasanya peminat Sufi dan Syamel dah boleh tahu apakah tabiat, warna kegemaran, perangai pelik dan juga hobi mereka berdua kan?

Di sini Astro Gempak senaraikan fakta menarik tentang Sufi dan Syamel yang korang tak tahu.

Tapi jika dalam senarai ini ada fakta yang dah tahu, memang sah korang adalah peminat setia mereka!

Kalau tidak, okay byeeee (sambil menyanyi lagu Frozen, Let It Go) hihihi.

Jom baca senarai di bawah:

Tak kuat makan

Sufi merupakan seorang lelaki yang sangat simple dan tidak cerewet tentang makanan. Hanya nasi, kicap dan telur pun sudah mencukupi.

Tidak suka melepak

Seorang yang penuh dengan idea muzik sebab itu Sufi memberitahu dia tidak gemar melepak sebaliknya dia akan menggunakan masa lapangnya dengan perkara yang berkaitan dengan muzik seperti mencipta lagu ataupun bermain alat muzik.

Jujur

Sufi juga merupakan seorang lelaki yang jujur dan ‘straight forward.’ Sebab itu jika ada rakan-rakannya yang melakukan kesalahan, dia lebih suka mengambil pendekatan untuk menegur secara baik dari terus membiarkan mereka melakukan kesalahan berulang.

Suka berangan sebelum tidur

Kata Sufi dia suka berangan sebelum masuk tidur kerana dia bukan seorang yang cepat terlelap. Walau mengantuk macam mana sekalipun bila sudah terbaring di atas katil pasti matanya terkebil-kebil.

Jadi Sufi lebih gemar menyanyikan satu melodi yang 'random' sambil berangan mencipta sebuah lagu. Itu juga merupakan salah satu cara Sufi untuk menghasilkan karyanya.

Perfectionist

Penyanyi berusia 24 tahun ini juga mengakui dirinya sangat 'perfectionist' dalam banyak perkara terutama dari segi pemakaian. Sufi akan sentiasa memastikan dirinya berada dalam keadaan kemas dari hujung rambut hingga hujung kaki. Jika tidak dia akan berasa tidak selesa dan rimas.

Suka Berbual


Melihat pada wajahnya, pasti ramai menganggap Syamel seorang yang sombong namun telahan itu tidak benar sama sekali kerana pelajar berusia  22 tahun itu sangat peramah, kelakar dan tidak membosankan!

Tak kisahlah apa sahaja topik yang dibualkan, korang pasti akan seronok melihat gelagat Syamel bercerita.  Selain itu Syamel juga merupakan pendengar yang baik.

Suka main futsal

Walaupun sukan kegemarannya ialah futsal tapi kalau nak tahu Syamel ini sebenarnya tak suka menonton perlawanan bola sepak. Jadi kalau ada peminat yang terserempak dengan Syamel cuba tanya dia pasal bola, comfirm Syamel krik krik krik punya!

Tapi janganlah ingat Syamel tak tahu mengenai pemain bola sepak antarabangsa langsung tau! David Beckham, Messi, Cristiano Ronaldo dia kenal, ok la tu kan?

Suka Perfume

Syamel juga sukakan minyak wangi dan salah satu perfume kegemarannya ialah 1 Million (Paco Rabanne).

Nampaknya peminat Syamel dah tak payah pening kepala nak fikir bagi hadiah apa pada Syamel kan?

Suka kumpul jam tangan dan kasut

Selain perfume, Syamel juga gemar mengumpul jam tangan dan setakat ini dia telah beberapa koleksi jam tangan dan kasut (kasut futsal) yang enggan didedahkan jumlahnya. Fuh mesti banyak kan?

Rapat dengan Sharul

Syamel akui rakan yang paling rapat dengannya sewaktu di akademi adalah Sharul dan dia amat menyenangi perwatakan pelajar berusia 19 tahun itu.

Malah tahap keakraban mereka juga sudah seperti adik beradik di mana saat susah dan senang dikongsi bersama.

Jadi kepada peminat Syamel dan Sufi, daripada senarai di atas ada tak fakta yang anda memang dah tahu? hihi

Teks Oleh: Mya Amri


Artikel Berkaitan


Komen