Tiada pasukan yang akan berjaya tanpa kerjasama demi mencapai matlamat yang sama. Pemain-pemain muda Ombak FC bawah 14 tahun mula memahami situasi untuk mengabaikan perbezaan antara satu sama lain dan berjuang bersama demi kejayaan yang lebih berharga untuk pasukan dalam mengharungi perjalanan mereka sebagai juara. Pasukan bola sepak muda ini pernah menghadapi pelbagai cabaran untuk bersaing demi kejohanan impian mereka dalam liga bola sepak tempatan.

Namun, dengan bantuan dan galakan yang dihulurkan oleh ibu bapa dan para jurulatih, pemain muda ini dibimbing ke arah yang betul untuk menjadi tabah. Mereka berasa kecewa apabila mengetahui mereka tidak dapat mengekalkan kedudukan dalam liga 1MCC. Tidak berputus asa, malah pasukan ini menyertai liga yang lebih kecil dikenali sebagai Liga Mini Juara. Ahli pasukan Ombak FC belajar daripada pengalaman dan berlatih lebih gigih daripada sebelumnnya sehingga berjaya menaikkan kedudukan mereka dalam liga ini.


Demi cinta terhadap bola sepak

Secara individu, pemain Ombak FC mempunyai kisah takkan gentar tersendiri yang boleh diceritakan sebagai sebahagian daripada perjalanan sukan masing-masing. Sebagai contoh, penyerang pasukan, Aziem Liew, sedikit bergelut pada awal penyertaanya dalam pasukan Ombak FC. Pemain berusia 13 tahun ini baru sahaja pulang dari Beijing selepas dua tahun menetap di sana bersama keluarganya. Ibu bapanya merupakan diplomat yang bertugas di Kementerian Luar Negeri dan kerap bertukar tempat tugasan. Oleh kerana berada di luar negara dalam jangka masa yang panjang, pemain muda ini lebih selesa berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris dan mempunyai penguasaan Bahasa Melayu yang terhad.




Walaupun menghadapi cabaran, Aziem bersetuju untuk menyertai pasukan ini atas minatnya dalam permainan bola sepak. Pada mulanya, Aziem menghadapi cabaran untuk berkomunikasi dengan ahli pasukannya namun dengan kegigihan dan galakan yang sentiasa diberikan ibu bapanya, Aziem memahami bahawa dia perlu sekurang-kurangnya mencuba demi meneruskan semangatnya untuk permainan ini.


Kekuatan tidak menyerah kalah

Atas sikap takkan gentar ini, dia bukan sahaja berupaya untuk meningkatkan kebolehannya dalam permainan dengan cepat malah kini menonjolkan kebolehannya sebagai salah seorang pemain utama di dalam pasukan. Walaupun, ada ketikanya dia menghadapi kesukaran dalam menyampaikan mesej atau rasa tersisih. Dia mengetahui bahawa seluruh pasukan sentiasa berada di sisinya kerana semua ahli pasukan mempunyai matlamat yang sama.