Pelakon Beto Kusyairi menegur sikap sesetengah pihak yang gemar menggunakan perkataan ‘retis' tanpa mengetahui maksud sebenar istilah tersebut.

Perkara itu dijelaskan sendiri oleh Beto menerusi status yang dimuatnaik di akaun Twitternya beberapa hari lalu.

Menurut Beto, istilah ‘retis’ itu bukanlah singkatan kepada perkataan ‘artis’ seperti yang disangka oleh masyarakat sebaliknya ia merupakan satu bentuk kutukan dan penghinaan.

Tambah Beto lagi, masyarakat sepatutnya mengambil tahu tentang maksud sesuatu istilah terlebih dahulu sebelum mengggunakannya.

Sementara itu, pelakon Izara Aishah juga turut bersetuju dengan teguran Beto itu dan menganggap istilah tersebut tidak sesuai digunakan.

Teks Oleh: Mya Amri