Nama bintang Bollywood, Salman Khan kembali menjadi hangat berita utama di India selepas dikhabarkan telah bertunang dengan aktres dan hos terkenal Romania, Lulia Vantur.

Menurut laporan, Salman Khan dan Lulia Vantur telah melangsungkan majlis pertunangan secara senyap-senyap dan bakal mendirikan rumah tangga pada tahun hadapan.

Perkara tersebut turut disahkan sendiri pihak pengurusan Lulia Vantur yang kini berada di Bucharest, Romania yang mendakwa berita majlis pertunangan tersebut adalah benar.

Malah menerusi foto terbaru Lulia Vantur sewaktu berada di Romania menunjukkan wanita berusia 35 tahun itu sedang memakai sebentuk cincin hasil pertunangannya dengan Salman Khan.

Sebelum ini, Salman Khan pernah membuat pengakuan bahawa dia sedang menjalinkan hubungan cinta dengan Lulia Vantur kepada umum sewaktu berlangsungnya majlis perkahwinan adik perempuannya, Arpita Khan.

Terbaru, Lulia Vantur dilihat menemani aktor berusia 49 tahun itu di set penggambaran filem Bajrangi Bhaijaan dan tidak lama sebelum ini Salman Khan pernah membuat kenyataan kononnya dia bakal menamatkan zaman bujangnya dalam masa terdekat.

Salman Khan dan Lulia Vantur pertama kali bertemu pada tahun 2010 di Dublin, Ireland sewaktu menjalani penggambaran filem berjudul ‘Bodyguard’.

Olahan Semula: Khalid Rahman

Sumber: Zee News, Pink Villa, IB Times