Pelakon yang pernah menimbulkan kontroversi dengan Fizz Fairuz menerusi aplikasi WeChat, Fara Mendoza dilaporkan terlibat dalam satu kemalangan jalan raya lewat malam semalam.

Menerusi kapsyen terbaru di Instagram miliknya, Fara Mendoza telah memuat naik sekeping foto menunjukkan keadaan bahagian hadapan keretanya yang rosak teruk dan menjelaskan mengalami kecederaan dalaman namun berada dalam keadaan selamat.

“This is reason why i'm crying too much , Ya Allah sakitnya. Alhamdulillah saya selamat hanya mengalami kecederaan dalaman. Semoga saya tabah dengan dugaan ini,”jelas Fara Mendoza ringkas.

Rata-rata pengikut Fara Mendoza di Instagram mendoakan semoga cepat sembuh dan tidak kurang ada di antara mereka memohon agar pelakon berusia 25 tahun itu bermuhasabah diri kejadian yang menimpa dirinya.

Terdahulu, kecoh apabila Fara Mendoza membuat pendedahan mendakwa Fizz Fairuz cuba memikatnya menerusi laman sosila WeChat. Screenshot perbualan antara Fara Mendoza dan Fizz Fairuz didedahkan kepada umum supaya suami kepada Almy Nadia itu tidak lagi menganggu dirinya.

Teks Oleh: Khalid Rahman

Sumber: Instagram Fara Mendoza