Ceria All Stars Program Realiti Bakat Cilik Terbaru

20 Oktober 2015. 1.04 PM
9,173
Hiburan
Ceria All Stars Program Realiti Bakat Cilik Terbaru
Astro memperkenalkan sebuah program realiti terbaru, Ceria All Stars yang mengupas bakat cilik terpendam tanah air.

Program realiti yang bakal disiarkan menerusi saluran Astro Ceria itu menampilkan konsep baru lebih segar, bertitik tolak dari kejayaan Ceria Popstar dan Ceria Superstar. 

Ceria All Stars juga bakal membuka peluang lebih luas dalam mempamerkan kepelbagaian bakat generasi muda tanah air. 

Ia terbuka kepada individu yang berumur 15 tahun ke bawah dan menampilkan bakat terpendam mereka miliki. 

Uji bakat tidak hanya terikat dengan sebarang genre dari bidang lakonan dan nyanyian. Seramai 20 calon akan dipilih oleh selebriti ternama tempatan menerusi sesi uji bakat itu nanti. 

Sesi uji bakat pertama telah pun bermula pada 17 Oktober lalu dan dikendalikan oleh Datuk Aznil Nawawi dan Rozita Che Wan. 

Oleh itu, jangan lupa saksikan program Ceria All Stars tidak lama lagi.

Teks Oleh: Hafiza Kamarudin

Artikel Berkaitan


Komen