Foto Bogel Tersebar, Justin Bieber Akui Malu Berada di Khalayak Ramai

20 Oktober 2015. 3.26 PM
7,363
Hiburan
Foto Bogel Tersebar, Justin Bieber Akui Malu Berada di Khalayak Ramai

Penyanyi Never Say Never, Justin Bieber meluahkan rasa kecewa selepas foto bogel yang dirakam paparazzi tersebar dan menjadi bualan di media sosial.

Menurut penyanyi kelahiran Kanada itu, tindakan melampau paparazzi seakan mencabul hak privasinya dan malu dengan apa yang terjadi.

“Reaksi saya seperti.. sanggup mereka buat perkara seperti ini. Hak privasi saya seperti dicabuli dan rasa malu untuk berdepan dengan khalayak ramai.

Sepatutnya saya berasa lebih tenang apabila pergi bercuti lebih -lebih lagi tempat yang agak jauh dari sesiapa,” luah Justin Bieber.

Jelas Justin Bieber lagi, susulan penyebaran foto tersebut membuatkan harga dirinya benar-benar jatuh terutamanya terhadap para peminatnya diseluruh dunia.

Minggu lalu, Justin Bieber mencetuskan kontroversi lagi apabila aksinya berbogel dirakam paparazzi sewaktu dia Bieber sedang bercuti dengan kekasih terbarunya, Jayde Pierce di Pulau Bora-Bora.

Olahan Semula: Khalid Rahman

Sumber: Access Hollywood, Hollywood Life


Artikel Berkaitan


Komen