Foto Terkini Anak Lelaki Shah Rukh Khan Jadi Viral Di Laman Internet

22 Oktober 2015. 12.29 PM
88,739
Hiburan
Foto Terkini Anak Lelaki Shah Rukh Khan Jadi Viral Di Laman Internet

Foto anak sulung Shah Rukh Khan, Aryan tersebar meluas di media sosial setibanya dia di lapangan terbang antarabangsa Mumbai pada Selasa yang lalu.

Aryan yang melanjutkan pengajiannya di Seven Oaks School, London menerima pujian di laman internet kerana imej terbarunya selain ketampanan yang dianggap saling tidak tumpah seperti bapanya.

Menerusi foto tersebut, pemuda berusia 17 tahun itu tampil dengan dandanan rambut yang penuh bergaya walaupun hanya berselipar dan berpakaian serba hitam.

Tidak hanya keseorangan, Aryan turut ditemani adik perempuannya, Suhana yang kelihatan kasual dengan sepasang but dan denim koyak di lutut.

Aryan Khan tiba di India untuk menghabiskan masa bersama ahli keluarganya selepas bapanya baru sahaja selesai menjalani penggambaran filem Diwale yang bakal ditayangkan pada 18 Disember tahun ini.

Olahan Semula: Khalid Rahman

Sumber: Indian Express, IBN Live, Filmi Beat


Artikel Berkaitan


Komen