Amir Masih Peserta Gegar Vaganza 2 (GV 2)

22 Oktober 2015. 10.32 PM
8,619
Hiburan
Amir Masih Peserta Gegar Vaganza 2 (GV 2)

Pengurus saluran Astro Ria (104) Raqim Ahmad mengesahkan penyanyi utama kumpulan Ukays, Amir masih lagi menjadi peserta dalam program realiti Gegar Vaganza 2 (GV2).

“Buat masa ini, Astro tidak dapat memberikan sebarang komen mengenai Amir kerana kes ini masih dalam siasatan.

“Sehingga hari ini, Amir masih lagi seorang peserta dalam GV 2,” katanya ketika dihubungi Astro Gempak.

Bagaimanapun ketika diminta mengulas mengenai persembahan Amir di konsert GV 2 yang bakal berlangsung pada Ahad ini di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Raqim memberitahu perkara itu hanya boleh diketahui pada hari tersebut.

“Tentang pengesahan sama ada Amir akan membuat persembahan pada hari Ahad ini hanya akan kita ketahui pada hari tersebut bergantung kepada faktor sekeliling.” jelasnya.

Terdahulu, Amir atau nama sebenarnya Mohd Azmir Muhammad Yusof ditahan polis awal pagi Rabu kerana dipercayai memiliki senjata api.



Artikel Berkaitan


Komen