Pengguna telefon pintar iPhone pasti tertanya-tanya siapa pemilik suara ‘Siri’ yang terdapat di dalam gadget keluaran ‘Apple’ itu.

Untuk pengetahuan anda, ‘Siri’ telah dilancarkan pada 4 Oktober 2011, namun dua tahun selepas itu identiti pemilik suara tersebut telah didedahkan oleh CNN.

Astro Gempak ingin kongsikan fakta menarik mengenai suara ‘Siri’ versi wanita yang terdapat di dalam iPhone milik anda:

1) ‘Siri ’ialah seorang artis alih-suara Amerika Syarikat yang bernama Susan Bennett.

2) Susan telah mengakui suara ‘Siri’ yang digunakan pada Apple Iphone untuk versi Amerika Syarikat adalah miliknya. tetapi pihak Apple tidak mengesahkannya.

3) Walaupun pihak Apple tidak pernah mengesahkan perkara tersebut, namun pakar forensik audio dan individu yang pernah bekerja dengan Susan amat yakin suara itu miliknya.

4) Sebenarnya Susan tidak pernah tahu suaranya digunakan untuk ‘Siri’ kerana ia telah dirakamkan lebih awal sebelum ia dilancarkan iaitu dalam tahun 2005.

5) Susan hanya tahu tentang suaranya itu adalah ‘Siri’ selepas seorang rakan menelefonnya.

6) Pada 2005, syarikat perisian ScanSoft mencari suara untuk satu projek baru dan berita itu sampai ke GM Voices yang menjalankan rakaman suara untuk teknologi automasi. Bennett dipilih dan ScanSoft menyukainya. Mereka memulakan rakaman pada Julai 2005 selama 4 jam setiap hari bagi membina suara untuk pangkalan data.

7) Pada Oktober 2005, ScanSoft dibeli dan dinamakan sebagai Nuance Communications iaitu syarikat yang diterima secara meluas telah menyediakan teknologi disebalik Siri kepada Apple.

Kisah selanjutnya boleh dibaca di laman web CNN: ‘I’m the original voice of Siri’ dan ‘Voice of Siri: How her life has changed’.

Olahan Semula: Hafiza Kamarudin

Sumber: The Vocket.com