Foto Pra-Perkahwinan Shukri Yahaya & Tya Adnan Yang Ranggi

24 Oktober 2015. 2.02 PM
52,328
Hiburan
Foto Pra-Perkahwinan Shukri Yahaya & Tya Adnan Yang Ranggi

Mengambil foto pra-perkahwinan sudah menjadi trend di kalangan pengantin hari ini dan yang terbaru pelakon Shukri Yahaya dan tunangnya Tya Adnan juga tidak ketinggalan.

Astro Gempak telah menerima beberapa keping foto Pra-Perkahwinan Shukri dan Tya daripada jurugambar rasmi mereka, Pinography Official.

Shukri dan Tya dilihat sangat ranggi dan sempoi mengenakan kemeja putih dan jeans biru sedondon bersama sepasang kaca mata.

 Astro Gempak kongsikan kepada anda beberapa keping foto pra-perkahwinan Shukri dan Tya. Comel sangat tau mereka berdua ni, macam pinang dibelah dua!

Pasangan sama cantik sama padan ini bakal melangsungkan pernikahan pada 20 November depan.

Majlis akad nikah Shukri dan Tya akan berlangsung di Putrajaya manakala majlis resepsi mereka akan diadakan keesokan hari di Cyberjaya.







Artikel Berkaitan


Komen