Tomok Cedera, Patah Bahu Akibat Main Bola Sepak

26 Oktober 2015. 11.09 AM
3,403
Hiburan
Tomok Cedera, Patah Bahu Akibat Main Bola Sepak

Penyanyi dan pelakon Tomok dilaporkan mengalami kecederaan yang teruk akibat terjatuh sewaktu bermain bola sepak petang Jumaat lalu dan dimasukkan ke hospital untuk rawatan lanjut.

Ekoran daripada itu, doktor mengesahkan bahawa Tomok telah mengalami patah bahu kiri dan menasihati supaya melakukan pembedahan.


*Foto imbasan 'X-ray' bahu kiri yang dikongsi oleh Tomok di Instagramnya.*

Perkara itu diberitahu sendiri oleh Tomok melalui akaun Instagramnya @tomokofficial pada Ahad dengan memuatnaik satu foto imbasan ‘X-ray’ beserta kapsyen berbunyi:

“Nasib tak berapa baik semalam..tengah main bola padang..saya terjatuh,landing bahu sebelah kiri dulu. Panik jugak la sebab ada bunyi prakkkk masa jatuh tu..so ambulance datang n pegi la hospital.

”Lepas dah x-ray doktor sahkan bahu saya patah..dakam bahasa omputihnya 'fracture left clavicle.’ Pendekkan cerita..doktor suruh saya buat pilihan..nak operate atau tak..ntah lah..tengah fikir lagi,”
tulisnya.

Sementara itu, menerusi satu lagi kemaskini yang ditulis oleh Tomok melalui akaun Instagramnya memberitahu dia sudah bersedia untuk menjalani pembedahan.

Malah penyanyi berusia 31 tahun itu juga memberitahu bahawa dia tidak pernah menyesal memilih bola sepak sebagai sukan kegemarannya walaupun seringkali tercedera.

“Empat kali dah melalui fasa patah..tangan kiri,tangan kanan,jari dan yang terbaru bahu..tiga daripadanya dari sukan bola sepak.

“Sebenarnya main bola ok je..mungkin time aku tak berapa cantik..so jadi la benda2 macam ni. takpalah.

“Nak stop main bola..susah jugak..sebab dah minat..sukan lain pun ada risiko..so kena lebih berhati-hati je la. Harap di permudahkan untuk operation esok..amin!”
jelasnya.

Dalam pada itu, sehingga kini ruangan komen di Instagram Tomok dipenuhi dengan kata-kata semangat oleh peminat yang mendoakan kesejahteraan Tomok untuk menjalani pembedahan tidak lama lagi.

Teks Oleh: Mya Amri


Artikel Berkaitan


Komen