Sambutan Ulang Tahun Perkahwinan, Ini Ucapan Shah Rukh Khan Kepada Isteri

26 Oktober 2015. 12.18 PM
36,983
Hiburan
Sambutan Ulang Tahun Perkahwinan, Ini Ucapan Shah Rukh Khan Kepada Isteri

Ahad yang lalu, pengguna media sosial dan peminat aktor Shah Rukh Khan membanjiri laman Twitternya untuk mengucapkan tahniah di atas sambutan ulang tahun perkahwinan yang ke-24 dengan isteri tercinta, Gauri Khan.

Tidak lama selepas itu, Shah Rukh Khan memuat naik satu tweet mengucapkan terima kasih kepada mereka yang mengucapkan tahniah dan tidak terlepas memuji isterinya yang sentiasa berada di sisi selain kurniaan tiga  zuriat sepanjang bergelar suami dan isteri.

“Terima kasih untuk setiap ucapan. Tetapi terima kasih sepatutnya diberikan kepada Gauri sepanjang 32 tahun “kesabaran, ketabahan,  pemaaf dan cinta serta tiga orang cahaya mata yang cukup sempurna,” tulis Shah Rukh Khan di laman Twitter miliknya.

Sehingga kini, tweet romantik tetapi ringkas itu menerima  3,000 retweet dan 7,000 favourite oleh pengikut dan peminat Shah Rukh Khan di laman Twitter.

Selepas bercinta selama lapan tahun, Shah Rukh Khan dan Gauri yang beragama Hindu mengambil keputusan untuk mendirikan rumah tangga pada 25 Oktober, 1991.

Pasangan ini dikurniakan tiga orang anak iaitu Aryan (18 tahun), Suhana (15 tahun) dan AbRam yang  kini berusia 2 tahun.

Olahan Semula: Khalid Rahman

Sumber: Indian Express, Bollywood Life, DNA India


Artikel Berkaitan


Komen