Adakah Yaya, Chacha, Emma Maembong Sehebat Adik-Beradik Kardashian?

26 Oktober 2015. 8.45 PM
21,022
Hiburan
Adakah Yaya, Chacha, Emma Maembong Sehebat Adik-Beradik Kardashian?

Pengaruh adik-beradik Maembong iaitu Chacha, Yaya dan Emma di dalam industri hiburan Malaysia tidaklah sehebat adik-beradik Kardashian di pentas Hollywood.

Namun, fenomena yang dicetuskan mereka di dalam industri ini boleh disifatkan sebagai agak luar biasa terutama sekali menerusi kisah penuh sensasi yang tidak dijangka sama sekali.

Apa yang nyata segala cerita-cerita sensasi tersebut telah berjaya menimbulkan rasa ingin tahu masyarakat terhadap keluarga Maembong dengan lebih dekat.

Malah, kisah mereka adik-beradik juga mencatatkan antara carian yang tertinggi di beberapa laman web utama dan pada waktu yang sama, mereka juga adalah antara selebriti yang memiliki follower besar menerusi laman media sosial mereka sendiri.

Seperti adik-beradik Kardashian yang lain, Chacha, Yaya dan Emma juga memiliki hubungan kekeluargaan serta persaudaraan yang agak rapat serta akrab.

Cuma kesibukan dengan kerjaya seni masing-masing telah membataskan ruang waktu mereka untuk bersama.

Hakikatnya apabila sudah bertemu dan kembali bersama, ikatan kekeluargaan serta persaudaraan masih tetap utuh dan mesra sepertimana waktu dulu-dulu.

Malah, apabila sudah berjumpa, macam-macam cerita yang mahu dikongsi bersama. Usik-mengusik dan gurau senda menjadi bahan mainan mereka.

Pendek kata ketiga-tiga mereka memang serasi dan sekepala serta mewarisi kehebatan bapa mereka Ismail Maembong dalam seni melukis. Namun, di sebalik semua kesamaan itu, Chacha, Yaya dan Emma tetap memiliki sikap serta keperibadian yang berbeza.

Apakah perbezaan mereka? Jom baca ulasan Astro Gempak ini tentang mereka:-

Yaya Maembong

Dia adalah kakak yang sulung. Suka lagu rock dan ia turut mempengaruhi karektor dan pemakaiannya. Karektornya ala-ala Tomboy dan gemar memakai pakaian yang bercorak hitam, gothic serta memiliki gambar tengkorak. Gemar pakai topi serta memiliki koleksi topinya sendiri. Sudah pun mendirikan rumahtangga dengan aktor Wan Raja dan kini sedang hamil lebih 3 bulan. Walaupun dia kelihatan seperti suka membuli adik-beradiknya, namun dia amat menyayangi mereka semua. Dia juga selalu memasak untuk mereka. Dia juga seorang yang lasak serta kelakar.

Emma Maembong

Paling rapat dengan bapanya yang digelar Ayoh. Dia juga manja dengan Ayoh. Tidak boleh berpisah dengan patung-patungnya terutama patung penyu yang dihadiahkan oleh Ayoh. Gemar memakai tudung bawal. Seorang yang tegas jika dibandingkan dengan adik-beradik yang lain tetapi dia juga yang paling gila-gila. Dalam ramai-ramai adik-beradik Maembong, dia yang paling popular. Kini dikaitkan mempunyai hubungan dengan aktor Kamal Adli.

Chacha Maembong

Anak bongsu dalam adik-beradik Maembong. Nama pun anak bongsu, jadi mestilah dia seorang yang manja. Gilakan gajet dan permainan. Gemar berfesyen tapi tidak suka kemas baju dan packing barang. Sering jadi mangsa buli kakak-kakaknya. Sedikit pelat apabila bercakap. Namanya kini sedang meningkat naik di dalam industri hiburan dan dia juga sudah mempunyai teman lelaki tetapi tidak pasti yang mana satu teman lelakinya.

Walaupun memiliki sikap serta keperibadian yang berbeza, namun Chacha, Yaya dan Emma sentiasa berada bersama pada saat-saat yang diperlukan dan sentiasa memberikan sokongan yang tidak berbelah bahagi terhadap kerjaya seni masing-masing.

Kotex mempercayai bahawa setiap gadis berhak mendapatkan perlindungan terbaik, seperti perlindungan yang ditunjukkan antara adik-beradik Maembong. Untuk mengetahui bagaimana akrabnya ikatan persaudaraan di antara Chacha, Yaya dan Emma, jangan lupa saksikan program realiti, The House yang akan mula ditayangkan di laman web: www.thehouse.com.my bermula 28 Oktober ini, jam 4 petang.


Artikel Berkaitan


Komen