Rajinikanth Berada Di Malaysia Sebulan Untuk Filem Kabali

27 Oktober 2015. 12.00 AM
34,299
Hiburan
Rajinikanth Berada Di Malaysia Sebulan Untuk Filem Kabali

Lagenda filem Tamil, Rajinikanth akan berada di Malaysia selama sebulan untuk penggambaran filem terbaharunya, ‘Kabali’.

Rajinikanth telah tiba di Malaysia pada petang Isnin dan disambut meriah oleh beberapa pihak media tempatan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Satu sidang media ringkas telah diadakan kira-kira jam 6.20 petang di KLIA bagi menyambut kehadiran Rajnikanth secara rasmi di Malaysia.

Turut hadir pada sidang media itu ialah Timbalan Presiden Parti Makkal Sakti, Datuk R.K Ramesh dan ahli Parti Makkal Sakthi Malaysia, Datuk V. Pulainthiran yang juga merupakan pengerusi penganjur lawatan ini.



Sebelum ini, timbul desas-desus berhubung kelewatan dan perubahan dalam jadual penggambaran filem tersebut.

YSCFN melaporkan bahawa dalam jadual asal filem itu, ia memerlukan tempoh penggambaran selama tiga bulan di Malaysia.

Namun, faktor keselamatan serta peraturan membabitkan penggambaran di luar negara menjadi faktor kepada keputusan itu diubah pada saat akhir.

Sebaliknya, sebuah set yang "menyerupai beberapa latar belakang Malaysia" sedang dibina.

'Kabali' merupakan filem Rajinikanth ke-159.

Di dalam filem itu, beliau memegang watak ahli akademik, yang dikatakan berdasarkan kepada figura sebenar.

Untuk filem ini, beliau memilih menggunakan krew penggambaran sama yang digunakan dalam pembikinan filem Tamil 'Madras'.

'Kabali' dijangka mula ditayangkan pada April tahun depan.

Olahan Semula: Hafiza Kamarudin

Sumber: Astro Awani


Artikel Berkaitan


Komen