Zydane Xayne Iskander, Nama Anak Ketiga Harith Iskander

28 Oktober 2015. 6.54 AM
4,619
Hiburan
Zydane Xayne Iskander, Nama Anak Ketiga Harith Iskander

Tahniah diucapkan kepada pelawak Harith Iskander dan isteri, Jazemine Lim yang telah menyambut kelahiran anak ketiga mereka.

Harith Iskander menerusi akaun Instagram miliknya telah berkongsi berita gembira itu dengan memuatnaik sekeping foto yang menampilkan dirinya sedang tersenyum sambil memeluk bayi tersebut pada Isnin.

Selain itu, Harith juga memberitahu bahawa bayi lelaki itu berada dalam keadaan sihat dan dia juga telah mendedahkan nama anak ketiganya iaitu Zydane Xayne Iskander.

“Say hi to Zydane Xayne Iskander everyone. He's a new addition to the Iskander clan and we couldn't be more thrilled.

“Just to let you know that both mummy @jezaminelim and baby Zydane are healthy and doing great. Syukur Alhamdullilah #ZydaneXayneIskander #TheIskanders #BabyNo3.”
tulisnya.

Dalam pada itu, ucapan tahniah tidak putus-putus diberikan kepada Harith dan keluarga oleh peminat melalui ruangan komen di Instagramnya.

Terdahulu, Harith telah melangsungkan perkahwinan dengan Jezamine Lim pada tahun 2010.

Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Zander Xayne Iskander dan Alessandrea Jayne Iskander.



Teks Oleh: Mya Amri


Artikel Berkaitan


Komen