Peminat Emma, Chacha dan Yaya Maembong sudah pasti tidak sabar untuk menonton program realiti ‘The House’ yang bakal mendedahkan kehidupan harian mereka.

Kalau nak tahu, pelbagai perkara menarik berlaku sewaktu mereka bersama yang membuatkan kakak sulung mereka, Yaya pening kepala.

Sewaktu episod pertama bersiaran nanti, jangan pula ada yang terkejut melihat perangai mereka bertiga yang sememangnya korang tak jangka.

Jadi, kami beri lima sebab kenapa korang perlu tonton ‘The House’

1. Perangai Sebenar Emma, Chacha & Yaya Maembong didedahkan

Ya, mereka memang berkongsi kerjaya yang sama tetapi bukan pada personaliti. Kalau nak tahu ketiga-tiga mereka ini mempunyai personaliti yang sangat berbeza.

Emma pernah kata kalau mereka bertiga bersama, alamatnya kecoh satu rumah dengan perangai ‘gila’ masing-masing.

2. Keakraban hubungan antara adik-beradik

Walaupun jarang nampak Emma, Chacha dan Yaya hadir dalam sebuah majlis, namun tidak semestinya hubungan mereka tidak rapat.

Menerusi ‘The House’, korang sendiri akan dapat melihat bagaimana ‘bonding time’ antara mereka bertiga sewaktu bersama.

Chacha dengan perangai manjanya, Emma yang berhati lembut dan Yaya merupakan pendamai sekiranya adik-adiknya bergaduh.

3. Lokasi penggambaran yang cantik

Kalau nak tahu lokasi rumah yang didiami oleh Emma, Chacha dan Yaya ini sangat cantik tau! Kalau dah masuk ‘comfirm’ tak nak keluar. Serba serbi lengkaplah orang kata!

Mana tidaknya, rumah banglo tersebut bernilai RM3 juta tau! Ha kalau tak percaya, kenalah tengok ‘The House’.

4. Fesyen Santai Emma, Chacha & Yaya

Jika sebelum ini korang selalu nampak Emma, Chacha dan Yaya sentiasa cantik, anggun dan menawan tetapi kali ini dalam ‘The House’ lain pula ceritanya.

Mereka bertiga lebih selesa mengenakan fesyen santai dan wajah mereka juga tanpa sebarang alat solekan. Natural beauty.

5. Program realiti pertama tonjol kehidupan adik-beradik popular

Kalau di Hollywood ada Kardashian, kami di Malaysia ada adik-beradik Maembong tau!

Untuk mengetahui bagaimana akrabnya ikatan persaudaraan di antara Chacha, Yaya dan Emma, jangan lupa saksikan program realiti, ‘The House’ bermula 28 Oktober ini, jam 4 petang.

Episod pertama boleh ditonton di Facebook dan Youtube Astro Gempak serta laman web rasmi ‘The House’, www.thehouse.com.my

Manakala episod seterusnya hanya akan bersiaran di laman web ‘The House’ seperti biasa.

Teks Oleh: Mya Amri