Aktor Shah Rukh Khan mengakui pernah menasihati Aamir Khan supaya tidak bekerjasama dengan Kajol kerana menganggap aktres tersebut bukan seorang pelakon yang bagus.

Menerusi temubual bersama PTI (Press Trust of India), aktor berusia 49 tahun itu menjelaskan Aamir Khan ada meminta pendapat mengenai Kajol dan menyarankan supaya melupakan sahaja hasrat tersebut.

“Kali pertama bergandingan dengan Kajol pada tahun 1993 menerusi filem Baazigar, Aamir ada meluahkan hasrat untuk bekerjasama dengannya. Saya memberitahu Aamir bahawa Kajol seorang yang teruk, tidak fokus dan menyusahkan.

“Namun semua tanggapan tersebut silap dan saya bergegas bertemu Aamir untuk menjelaskan kepadanya bahawa Kajol sebenarnya seorang yang luarbiasa apabila berada di layar perak,” jelas Shah Rukh Khan tanpa berselindung.

Gandingan dua bintang Bollywood ini antara yang paling berjaya selain dinanti-nantikan peminat terutamanya filem seperti Dilwale Dulhania Le Jayenge, Kuch Kuch Hota Hai dan Khabhi Khushi Khabhi Gham.

Olahan Semula: Khalid Rahman

Sumber: NDTV, Filmi Beat