Persembahan peserta wanita Gegar Vaganza 2 (GV2), Siti Nordiana dan Farahdhiya pada konsert kedua program realiti tersebut minggu lalu telah menjadi bualan netizen.

Pada malam bertemakan ‘Aku & Lagu’ itu Siti Nordiana telah menyampaikan lagu popular nyanyian Ziana Zain berjudul Madah Berhelah.

Manakala Farahdhiya pula menyanyikan lagu Di Alam Fana Cinta yang di popularkan oleh kumpulan fotograf dalam versi tersendiri.

Apa yang menarik kedua-dua persembahan itu telah menjadi bualan netizen di laman sosial dan rata-ratanya terkejut dengan persembahan ‘luar biasa’ Siti Nordiana dan Farahdhiya.

Mana tidaknya, sebelum ini dua peserta wanita tersebut dianggap sebagai ‘underdog’ tetapi kemantapan vokal mereka telah menyebabkan semua penonton GV2 terlopong.



Selepas berakhirnya persembahan mereka pada minggu lepas, para peminat telah memberi kata-kata semangat dan pujian di akaun sosial pelantun suara Bola-Bola Api dan Bertakhta Di Hati itu beserta ucapan tahniah.

Kepada pembaca yang terlepas untuk menonton nyanyian hebat Siti Nordiana dan Farahdhiya, Astro Gempak kongsikan sedutan persembahan mereka pada konsert minggu lalu.

Pada konsert minggu ini, Siti Nordiana dan Farahdhiya telah diberi tugasan untuk menyanyikan lagu Kasihnya Laila (Jinbara) dan Joget Siapa Dia (Wann).

Selain Siti Nordiana dan Farahdhiya GV2 turut disertai Sheeda, Ezlynn, Azian Mazwan Sapuan, Ezad Lazim, Acong, Amir Ukays, Zul Handyblack, Nizam Laksamana dan Nassier Wahab.

Dalam konsert kedua minggu lalu, tiada penyingkiran dilakukan dan kesemua peserta akan berentap pada malam bertemakan ‘360, Ada Bran?’ Ahad ini yang disiarkan di Astro Ria (saluran 104) dan Ria HD (saluran 123).

Gegar Vaganza 2 bersiaran secara langsung dari Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).



A video posted by @sitinordiana on


A video posted by Rieff Rashadiy (@rieff_rashadiy) on