Solekan Berhijab Ala Emma Maembong

29 Oktober 2015. 11.02 AM
9,980
Gaya Hidup
Solekan Berhijab Ala Emma Maembong

Gadis berhijab seperti Emma hanya perlu mencari satu titik tumpu pada solekan. Hasilnya pasti menyerlah! InTrend kongsikan tiga contoh solekan selebriti berhijab yang boleh anda cuba.

 

 

 

 

CARA ALYAH

Fokusnya adalah pada kening. Ia dialit dengan lukisan kening tebal dan hitam yang senada dengan tudung. Kelopak mata dibiarkan polos. Hanya bulu mata bawah diberi penekanan lebih. Biar nampak mesra kening tebal anda, beriringan dengan bibir merah itu.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

MARC JACOBS Beauty Brow Wow Defining Longwear Pencil, RM91

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

CARA NEELOFA

Solekan persis wanita Arab. Pastinya elemen penting adalah celak hitam. Tidak hanya pada leretan mata atas, kali ini berikan garis yang lebih bold pada bahagian mata bawah. Berikan sedikit leretan pada hujung luarnya.

 

 

 

 

 

 

 

 

LAURA MERCIER Crème Eye Liner, RM85

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

CARA UQASHA SENROSE

Bentuk kelopak matanya menjadi titik tumpu utama. Biasan solekan berlekuk pada garis kelopak mata dibentuk sempurna menggunakan warna-warna tanah. Ia menjadikan mata kelihatan redup dan wajah ayu tanpa asakan warna terang.

 

 

 

 

 

 

M.A.C Le Disko Dazzle Shadow, RM90

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Kredit: Artikel ini ditulis untuk rancangan ‘The House’ dan disediakan oleh Editor In Trend


Artikel Berkaitan


Komen