Budaya dan sunnah Rasullulah S.A.W telah diangkat sebagai tema minggu ketiga Mimbar Pencetus Ummah 2015 yang akan berlangsung di Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor malam ini.

Ia bakal menguji kehebatan 10 peserta yang tinggal untuk menghuraikan lebih lanjut mengenai adab dan tingkah laku Rasullulah S.A.W. termasuk tentang pemakaian, kebersihan, pemakanan dan perkahwinan baginda.

Apa yang menarik dalam minggu ketiga Mimbar Pencetus Ummah 2015, adalah penyanyi Nash yang juga vokalis kumpulan Lefthanded bakal diundang sebagai artis jemputan untuk membawakan lagu-lagu yang berunsur nasihat serta kerohanian.

Bagi penonton dan penyokong setia Pencetus Ummah 2015, Prudential BSN Takaful Berhad (PruBSN) selaku penaja utama program dakwah ini telah menyediakan pelbagai hadiah menarik dalam Peraduan PruBSN Pencetus Ummah.

Melalui peraduan ini, anda berpeluang memenangi pelbagai jenis produk keluaran Apple seperti iMac dan iPhone 6S yang sedang hangat di pasaran ketika ini.

Caranya mudah sahaja, anda hanya perlu layari http://www.astrogempak.com.my/salammuslim/pencetusummah/peraduan.aspx, jawab 3 soalan mudah serta berikan pendapat anda mengenai topik pada minggu tersebut.

Hadiah mingguan ialah iPad Mini 2 Wifi 16GB manakala hadiah saguhati ialah Sistem Bunyi Logitech Z313.

Selain itu, peserta yang telah menyertai peraduan mingguan akan berpeluang memenangi hadiah yang lebih hebat di minggu keenam.

Hadiah utamanya lebih menarik iaitu juara akan memenangi sebuah iMac with Retina 5k Display, sebuah iPad Air Wifi 16GB dan sebuah iPhone 6S 64GB.

Hadiah tempat kedua tidak kurang hebatnya iaitu sebuah iMac 21 inci dan iPhone 6 64GB manakala pemenang tempat ketiga bakal memenangi sebuah MacBook 256GB 12-inci.

Syarat-syarat penyertaan untuk memenangi hadiah utama ialah

- Perlu menyertai sekurang-kurangnya 4 peraduan mingguan (termasuk peraduan minggu ke-6)

- Sekiranya anda layak, dua soalan tambahan akan dipaparkan sejurus selepas anda menghantar penyertaan minggu ke-6.

Jadi jangan lepaskan peluang ini, tontoni Mimbar Pencetus Ummah yang akan bersiaran di Astro Oasis (saluran 106) dan Astro Maya HD (saluran 135) pada setiap Khamis jam 9:30 malam.

Peraduan mingguan akan bermula sebaik sahaja tamat rancangan tersebut dan akan berakhir pada hari Rabu minggu berikutnya pada jam 11:59 malam.

Sertainya sekarang.