Filem lakonan Zizan Razak dan Shaheizy Sam, Polis Evo, berjaya mencatat rekod sebagai filem tempatan paling laris dalam perfileman negara selepas berjaya mengutip RM17.30 Juta selepas 42 hari ditayangkan di seluruh Malaysia dan Brunei.

Filem yang diarahkan oleh Ghaz Abu Bakar dan karya asal oleh Joel Soh, Kyle Goonting dan Anwari Ashraf ini sekaligus meleburkan rekod kutipan tiket paling tinggi yang dipegang filem ‘The Journey’, yang pernah meraih RM17.28 juta pada tahun 2014.

Sejak ditayangkan pada 17 September 2015 lalu, Polis Evo mengangkat martabat anggota polis dalam kegiatan membasmi jenayah serta turut menyajikan elemen persahabatan dan kekeluargaan ini telah mencipta satu fenomena baru sehingga berjaya menarik hati penonton untuk kepanggung.

Polis Evo filem bergenre aksi dan memaparkan kisah dua anggota polis, Khai (Shaheizy Sam) dan Sani (Zizan Razak) yang mempunyai personaliti yang sangat berbeza tetapi mereka harus bekerjasama untuk menjatuhkan sebuah operasi pengedaran dadah.

Teks Oleh: Khalid Rahman