Sejak pelakon lagenda tamil, Rajinikanth tiba di Malaysia dua hari lalu sosial media dipenuhi dengan foto, video dan berita mengenai kedatangannya ke negara ini.

Terbaru netizen telah mengaitkan kedatangan pelakon Sivaji The Boss dengan perubahan cuaca yang kelihatan lebih baik di ibu negara sejak semalam.

Agak melucukan kerana beberapa komen pelayar laman sosial mendakwa jerebu yang melanda negara sejak dua bulan lalu hilang selepas kedatangan Rajinikanth dan perkara tersebut telah menjadi viral dalam sekelip mata.

Mereka juga mengatakan kedatangan bintang ternama dari India itu mencetus keajaiban kerana telah mengembalikan langit cerah di ibu negara.

Antara komen yang menarik ialah dari Vimla Srinivas said: “Rajinikanth stepped in and the haze stepped out (Rajinikanth masuk, jerebu keluar).”

Ramesh Vadiveloo pula menulis di Facebook (FB) nya: “Even the haze gives way to Thalaiva (Jerebu pun beri laluan kepada Thalaiva)”. Thalaiva merupakan gelaran peminat Rajinikanth kepadanya yang bermaksud ketua.

Sementara itu Darren Sze Hoong Teo berkata: “Rajinikanth must have sneezed that caused the haze to be blown away. (Mesti Rajinikanth bersin dan jerebu terus hilang).”

Pengguna FB yang dikenali sebagai Yogarajan Egambaram’s telah menulis status di FB: “Finally, a clear sky! Thanks to Rajinikanth! When Rajnikanth is in Malaysia, even haze will ‘waze’ away! (Akhirnya, langit cerah! Terima kasih Rajinikanth! (Apabila Rajinikanth datang ke Malaysia, jerebu pun pergi jauh!)”.

Pasti anda tersenyum sendiri dengan komen-komen kreatif dan lucu mereka kan?

Rajinikanth tiba di Malaysia dua hari lalu untuk menjalani penggambaran filem terbarunya berjudul Kabali dan bakal berada di negara ini selama sebulan.


Olahan Semula: Hafiza Kamarudin

Sumber: The Rakyat Post