Chacha Maembong Asyik Kena Buli dengan Emma & Yaya?

30 Oktober 2015. 2.17 PM
8,938
Hiburan
Chacha Maembong Asyik Kena Buli dengan Emma & Yaya?

Program realiti The House yang menampilkan kehidupan tiga adik-beradik iaitu Yaya, Chacha dan Emma Maembong sudah pun mula bersiaran di www.TheHouse.com.my sejak Rabu lalu, bermula jam 4 petang.

Menerusi episod pertama program realiti tersebut, penonton telah dapat melihat sendiri bagaimana gelagat mereka apabila disatukan dalam sebuah rumah yang sama setelah sekian lama menjalani kehidupan masing-masing.

Bukan hanya setakat ditempatkan di rumah yang sama semata-mata, tetapi mereka juga terpaksa berkongsi bilik serta katil yang sama.

Namun, ia tidak langsung membuatkan mereka berasa kekok, sebaliknya kemesraan yang sudah sekian lama terjalin sejak di zaman kanak-kanak telah dapat mereka rasai semula.

Malah, ia turut mengingatkan mereka tentang pelbagai kisah-kisah silam yang lucu sewaktu mereka membesar bersama.

Terutama sewaktu Emma menyediakan makanan buat Chacha dan Yaya. Dengan tidak semena-mena gelas yang digunakan oleh Emma itu pecah. Insiden yang sama sekali tidak dijangka itu telah membuatkan mereka berasa kelakar sehingga mereka ketawa dengan terbahak-bahak buat seketika.

Sebaik saja insiden itu tercetus, Emma terus mengingatkan Chacha dan Yaya tentang pesanan Ayoh (panggilan untuk bapa mereka) waktu mereka masih kecil-kecil dulu supaya sentiasa menggunakan gelas atau pinggan plastik untuk minum atau makan.

Pesanan menggunakan gelas plastik itu dibuat kerana Ayoh cukup memahami sikap mereka yang yang cukup aktif dan buas ketika itu.

Dalam pada itu, episod pertama The House turut menyaksikan gelagat Yaya, Chacha serta Emma ketika bergurau senda. Macam-macam perkara yang mereka kongsikan bersama.

Daripada isu siapa yang lebih pandai mengemas barang hinggalah kepada siapa yang lebih ‘terror’ memasak. Malah, mereka juga turut merancang beberapa aktiviti yang patut dilakukan ketika bersama.

Kalau Emma sibuk mahu melakukan aktiviti ‘kick boxing’ , Chacha pula sibuk bermain hoverboard yang ketika ini menjadi kegilaan generasi muda sepertinya. Manakala Yaya pula telah dinasihatkan suaminya, Wan Raja supaya tidak melakukan aktiviti yang berat-berat kerana dia kini sedang hamil anak pertama.

Wan Raja juga turut memberikan pesanan kepada adik iparnya, Emma Maembong supaya memulas telinga Yaya jika kakaknya itu tidak mahu makan ubat yang perlu diambil oleh wanita hamil seperti mana yang disarankan doktor.

Lantas Emma terus berpura-pura memulas telinga Yaya sehingga menyebabkan Yaya ketawa sambil menjerit kesakitan. Namun, yang paling banyak menjadi mangsa ‘buli’ dalam episod pertama ini adalah Chacha.

Selain tidak dibenarkan masuk buat pertama kali di dalam rumah itu kerana pintunya dikunci dengan sengaja oleh Emma dan Yaya, bagasi Chacha juga telah digeledah dengan serta-merta oleh kedua-dua kakaknya itu.

Malah, dia juga menjadi mangsa untuk merasai hidangan cokelat resepi yang disediakan oleh Chacha. Apabila Chacha tidak mahu, Emma dan Yaya terus menangkap Chacha dan menyuapkan cokelat itu di dalam mulutnya.

Namun di sebalik semua itu, kasih sayang Yaya, Chacha dengan Emma tidak pernah sedikit pun berkurangan. Sebagaimana yang dipercayai Kotex, mereka sentiasa menyokong dan melindungi antara satu sama lain pada saat-saat yang diperlukan.

Apakah yang akan berlaku dalam episod kedua The House pada minggu hadapan? Jangan lupa saksikan The House, rancangan yang disokong oleh Kotex di www.TheHouse.com.my pada hari Rabu depan, jam 4 petang.


Artikel Berkaitan


Komen