Tinggal beberapa jam lagi gelanggang akhir Super Spontan All Stars bakal bersiaran untuk menyaksikan pertarungan enam finalis iaitu Johan, Yus, Tauke, Zizan Razak, Rahim dan Achey untuk merebut gelaran juara.

Sekadar imbasan di pentas separuh akhir, kekalahan kumpulan #KungfuKipidap memaksa mereka memilih Along Cham sebagai peserta yang disingkir sekaligus memusnahkan impian pelawak kelahiran Johor Bahru untuk beraksi di gelanggang akhir buat pertama kali.

Jika dilihat kepada persaingan oleh enam finalis ini, ianya sememangnya dinanti-nantikan oleh peminat kerana melibatkan enam nama besar dalam industri komedi tanah air selain pengalaman yang dimiliki oleh mereka.

Kelebihan dilihat berpihak kepada Zizan Razak dan Johan apabila masing-masing pernah memenangi edisi pertama dan ketiga Super Spontan sebelum ini. Ianya juga dikuatkan lagi dengan sokongan padu oleh para peminat mereka.

Bukan itu sahaja, pelawak seperti Johan, Tauke dan Rahim mempunyai kualiti dan kreativiti spontan yang menarik serta menghiburkan para penonton. Malah tidak keterlaluan sekiranya kebangkitan peserta ‘underdog’ bakal memberi kejutan sekaligus mengubah keputusan pemenang malam ini.

Namun masih terlalu awal untuk menentukan siapa bakal diumumkan juara kerana semuanya bergantung kepada lima permainan spontan yang akan dipertaruhkan mala mini selain dibantu dengan undian oleh penonton dan peminat program Super Spontan All Stars

Siapa pilihan anda? Pelawak manakah yang bakal diumumkan juara Super Spontan All Stars?

Saksikan persaingan hebat enam finalis di pentas akhir Super Spontan All Stars yang akan bersiaran secara langsung malam ini dari Dewan Raja Muda Musa, Shah Alam bermula 10.00 malam di Astro Warna (132) dan Mustika HD (134).

Pentas akhir Super Spontan All Stars menyaksikan Zizan Razak, Johan, Achey Bocey, Tauke dan Yus Jambu untuk merebut gelaran juara Super Spontan All Stars yang akan berlangsung pada 30 Oktober ini.

Super Spontan All Stars dihoskan oleh Datuk AC Mizal sementara Afdlin Shauki, Ray dan Haniff beraksi sebagai pengulas.

Layari www.superspontanallstar.com.my info lanjut!

Teks oleh: Khalid Rahman