Impian untuk memiliki bentuk badan yang cantik akhirnya menjadi kenyataan buat enam peserta yang mengikuti program realiti Astro Bella Jom Kurus Cabaran 30 Hari apabila berjaya mengurangkan berat badan mereka.

Setelah beberapa minggu mengharungi pelbagai cabaran dan dugaan, mereka kini mampu tersenyum kerana berkat kesabaran dan kecekalan akhirnya membuahkan hasil.

Walaupun tersingkir, mereka amat bersyukur kerana diberi peluang untuk menyertai program berkenaan dan berpuas hati dengan pencapaian penurunan berat badan masing-masing.

Peserta-peserta yang dimaksudkan ialah Normah Desa, 32, Nurul Alia Md Najri, 30, Suriah Mohammad Ali, 45, Zarina Salleh, 44, Siti Khadijah Mujahidin 23, dan Wan Ainur Bahiyah Wan Kamarudin, 28.

Selain perubahan fizikal yang mengejutkan, mereka juga lebih berfikiran positif dan mula mengamalkan gaya hidup sihat.

Sepanjang berada dalam program tersebut, mereka telah dibimbing oleh tiga orang jurulatih iaitu Coach Nana, Coach Agam dan Coach Shafiq yang secara tidak langsung membantu merialisasikan impian mereka.

Sebagai bukti, Alia yang berusia 30 tahun telah berjaya mengurangkan berat badannya sebanyak 20 kg.

Tak percaya?

Apa kata jom lihat perubahan fizikal peserta-peserta Astro Bella Jom Kurus yang mengejutkan di bawah.

Sebelum itu, jangan lupa saksikan pusingan akhir program Astro Bella Jom Kurus Cabaran 30 Hari pada Ahad, jam 7 malam di Astro Bella (saluran 133) dan Mustika HD (saluran 134).

Teks Oleh: Mya Amri