AXN Dekatkan Diri Dengan Penonton Menerusi #AXNUltimateExperience

1 November 2015. 11.00 AM
1,487
Hiburan
AXN Dekatkan Diri Dengan Penonton Menerusi #AXNUltimateExperience

Bersempena dengan wajah baru AXN (Saluran Astro 701) yang diberi sentuhan terkini, AXN mengadakan sebuah inisiatif untuk mendekatkan diri mereka dengan penonton menerusi sebuah acara. Diadakan selama dua hari (31 Oktober dan 1 November 2015), acara tersebut berlangsung di Blue Concourse, LG2, Sunway Pyramid.

Dalam acara yang diberi nama #AXNUltimateExperience, penonton berpeluang untuk mendekatkan diri mereka dengan program kegemaran yang selama ini hanya boleh ditonton di kaca televisyen.

“Ini merupakan acara ‘on ground’ yang diadakan oleh saluran AXN kepada penonton di luar sana. Menerusi #AXNUltimateExperience, kami menggunakan lima program signature kami iaitu The Voice, Blacklist, CSI : Cyber, The Amazing Race dan Quantico untuk memeriahkan acara,” kata Siti Noraini Abdul Rahim, Pengurus Pemasaran dan Perdagangan, Sony Pictures Television Networks Asia kepada Astro Gempak.

Memberikan pengunjung yang hadir sedikit gambaran mengenai wajah baru AXN yang diberi sentuhan terkini, #AXNUltimateExperience membolehkan pengunjung bergembira sambil berseronok apabila mereka menyertai permainan yang diadakan di acara tersebut.

“Menerusi lima program tersebut, kami menyediakan permainan menyeronokkan untuk pengunjung yang hadir. Kepada pengunjung yang dapat melengkapkan semua permainan, mereka berpeluang untuk membawa pulang hadiah menar Blue Concourse, LG2, Sunway Pyramid,” kata Siti lagi.

Jika pada 30 Oktober, penonton yang berkunjung dimeriahkan dengan persembahan oleh penyanyi rap Altimet, mereka yang berkunjung hari ini (1 November) akan dimeriahkan dengan persembahan penyanyi baru berbakat besar, Sezairi pada jam 1.00 tengah hari dan 4.00 petang.

Jadi kepada anda di luar sana, datanglah beramai-ramai ke Blue Concourse, LG2, Sunway Pyramid untuk merasakan sendiri kehebatan #AXNUltimate Experience bermula dari jam 10.00 pagi sehingga 9.00 malam!

Teks oleh: Kamaruddin Razal


Artikel Berkaitan


Komen