Setelah mengharungi pelbagai cabaran, kini tinggal tiga finalis program realiti Astro Bella Jom Kurus iaitu Yana, Ramlah dan Asnida untuk merebut gelaran juara.

Masing-masing telah berusaha untuk menurunkan berat badan selain mengamalkan gaya hidup sihat dengan bimbingan tiga jurulatih hebat, Coach Nana, Coach Agam dan Coach Shafiq.

Jumlah penurunan berat badan yang dicatatkan oleh tiga finalis itu juga agak mengejutkan ditambah pula dengan perubahan fizikal yang berlaku pada mereka amat mengagumkan.

Walaupun pada mulanya ada diantara mereka yang hampir berputus asa, namun berkat kesabaran dan kesungguhan yang ada dalam diri membuatkan Yana, Ramlah dan Asnida mampu meneruskan perjuangan hingga ke pusingan akhir.

Tinggal satu jam sahaja lagi sebelum salah seorang daripada mereka dinobatkan sebagai juara Astro Bella Jom Kurus Cabaran 30 Hari.

Jadi siapakah yang bakal membawa pulang wang tunai berjumlah RM20,000?

Saksikan pusingan akhir program Astro Bella Jom Kurus Cabaran 30 Hari pada Ahad, jam 7 malam di Astro Bella (saluran 133) dan Mustika HD (saluran 134).

Teks Oleh: Mya Amri