Adik Song Ji Hyo Jadi Tumpuan, Dedah Perangai Sebenar Kakaknya

3 November 2015. 12.00 AM
35,007
Hiburan
Adik Song Ji Hyo Jadi Tumpuan, Dedah Perangai Sebenar Kakaknya

Buat pertama kalinya aktres Song Ji Hyo telah mendedahkan wajah adik lelakinya dalam episod terbaru Running Man yang disiarkan pada Ahad.

Dalam episod tersebut, Song Ji Hyo yang juga merupakan ahli Running Man dikehendaki mencari barang yang menjadi kenangannya ketika kecil.

Oleh itu, Song Ji Hyo telah memilih video anime berjudul ‘Space Commando Bioman’ dan meminta supaya adik lelakinya itu menjelaskan lebih lanjut mengenai rancangan kegemarannya itu.

Namun tanpa diduga, adik lelakinya telah mendedahkan perangai sebenar Song Ji Hyo sewaktu kecil yang membuatkan kakaknya itu terkejut.

“Dulu sewaktu kami masih kecil, saya selalu menjadi mangsa Song Ji Hyo dan dia juga gemar memukul saya.” katanya dalam nada mengusik.

Song Ji Hyo kemudiannya menafikan perkara tersebut sambil ketawa dan mereka kemudiannya menari sambil membuat ‘tredmark’ rancangan anime berkenaan.

Perkara itu juga sekaligus membuktikan betapa rapatnya hubungan adik-beradik antara Ji Hyo dan adiknya walaupun jarang bertemu.

Song Ji Hyo bagaimanapun tidak mendedahkan nama sebenar adiknya dalam program tersebut.


Walaupun muncul untuk seketika, ternyata kehadiran adik Song Ji Hyo itu telah menarik minat penonton setia Running Man.


Olahan Oleh: Myra Che Amri


Artikel Berkaitan


Komen