Pelakon Ika Nabila dilaporkan cedera akibat ditumbuk dan dipukul pengarah.

Menurut laporan Berita Harian, kejadian itu berlaku pada Isnin di set pengambaran bertempat di Hulu Kelang.

Situasi itu tercetus apabila pengarah tidak berpuas hati kerana tidak mendapat apa yang diinginkan daripada Ika.

Pengarah tersebut kemudiannya bertindak di luar kawalan dan Ika dikatakan ditumbuk secara bertubi-tubi di bahagian muka.

Menurut sumber, mulut Ika ketika ini tidak dapat dibuka gara-gara tercedera akibat daripada pukulan itu.

Dalam pada itu, Ika ketika dihubungi melalui aplikasi WhatsApp mengesahkan kejadian tersebut.

"Ya, saya memang dipukulnya," katanya ringkas yang enggan mengulas lanjut mengenai perkara berkenaan.

Dalam pada itu susulan daripada kejadian tersebut, Ika telah membuat laporan polis di Balai Polis Hulu Kelang.

Sumber: Berita Harian Online


Olahan Oleh: Mya Amri