Kate Middleton Hamil Anak Kembar?

5 November 2015. 11.02 AM
30,998
Hiburan
Kate Middleton Hamil Anak Kembar?

Belum sempat merasa kebahagian selepas menyambut cahaya mata kedua mereka Mei yang lalu, pasangan Kate Middleton dan Putera William dikhabarkan bakal menanti kehadiran buah hati ketiga tidak lama lagi.

Lebih mengejutkan Kate Middleton dikhabarkan sedang hamil anak kembar dan kini telah pun masuk bulan yang ketiga.

“Dia cepat keletihan sejak akhir-akhir ini. Nafsu makan Kate juga semakin berkurangan menyebabkan sukar untuk berat badannya meningkat naik. Dia seringkali tampil menawan, tetapi semua orang mahu memastikan dia berada dalam keadaan baik-baik sahaja.

“Kate sedikit risau kerana tidak yakin adakah dia mampu mengawal kehamilannya kerana dia baru sahaja melahirkan anak kedua Mei yang lalu. Lebih-lebih kekurangan waktu tidur kerana terpaksa menjaga dua orang anaknya setiap malam,” jelas sumber terdekat Kate Middleton.

Walau bagaimanapun berita ini belum lagi disahkan sendiri oleh pasangan ini mahupun menerusi kenyataan rasmi dari Istana Buckingham.

Kate Middleton dan Putera William mendirikan rumah tangga pada 29 April 2011 dan dikurniakan dua orang cahaya mata, George Alexander Louis dan Charlotte Elizabeth Diana.

Olahan Semula: Khalid Rahman

Sumber: Hollywood Life, IB Times

Artikel Berkaitan


Komen