PU Ramadhan Mahu Ubah Persepsi Masyarakat Terhadap Sekolah Pondok

6 November 2015. 2.21 AM
2,244
Salam Muslim
PU Ramadhan Mahu Ubah Persepsi Masyarakat Terhadap Sekolah Pondok

Peserta Pencetus Ummah (PU) PU Ramadan yang tersingkir dari mimbar pada malam tadi (Khamis), ingin mengubah persepsi masyarakat terhadap sekolah pondok.

Jika sebelum ini, ada di kalangan masyarakat beranggapan sekolah pondok tidak sehebat sekolah atau institut pengajian yang lain, PU Ramadan yang berasal dari Pondok Pasir Tumboh, Kelantan ini mahukan persepsi tersebut diubah.

Baginya pengajian di sekolah pondok boleh dikatakan setanding atau mungkin lebih hebat dari segi pengajian agama berbanding sekolah biasa.

Dia juga tidak malu dengan asal-usul pendidikannya dan akui segala ilmu agama yang dimiliknya sekarang adalah hasil didikan guru-gurunya di Pondok Pasir Tumboh.

Mengulas tentang penyingkirannya di Mimbar PU malam tadi, PU Ramadhan yang merupakan anak diri PU Azman ini berkata dia sudah merasakan dirinya bakal tersingkir sejak minggu kedua lagi namun bersyukur kerana terus diberikan peluang untuk bertahan hingga minggu keempat.

Dia turut merasakan penyingkirannya mungkin disebabkan kegagalan memberikan jawapan yang tepat berhubung isu jual beli haiwan peliharaan selain masalah suaranya yang terganggu akibat sakit tekak.

PU Ramadhan tersingkir dari Pencetus Ummah 2015 selepas mendapat markah terendah berbanding 8 peserta lain dalam mimbar malam tadi.

Mimbar Pencetus Ummah 2015 minggu keempat hadir dengan tema “Andaiku Tahu…”

Setiap peserta diminta bermonolog tetang tajuk-tajuk yang telah diberikan seperti Saat Kematian, Seksanya Neraka, Pertinya Alam Kubur dan sebagainya.

Pengkritik atau juri jemputan untuk minggu ini ialah Sham Kamikaze dan Dr Ahmad Zaki Salleh (ahli Jawatankuasa Syariah PruBSN) disamping dua juri tetap iaitu Ustaz Datuk Kazim Elias dan Abby Fana.

Artis jemputan untuk minggu ini ialah Sufi #AF2015 dan Afee Utopia feat PU Yeop.

Mimbar Pencetus Ummah telah bersiaran secara langsung dari Auditorium DR Zainuddin Jaafar, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor.

Ianya telah dihoskan oleh pasangan pengacara Ustaz Zulkefli Hamat dan Haji Shamsul Ghau Ghau.

Teruskan menonton Pencetus Ummah 2015 minggu hadapan yang manampilkan 8 lagi peserta bersaing.

Teks oleh: Helmi Zainalabidin


Artikel Berkaitan


Komen