#JuaraParodi: Misha Omar Enggan Jadi Pelawak

7 November 2015. 7.35 AM
8,934
Hiburan
#JuaraParodi: Misha Omar Enggan Jadi Pelawak
Penyertaan penyanyi Misha Omar dalam #JuaraParodi bukanlah satu percubaan untuk dirinya menjadi seorang pelawak.

Mahu menjadi seorang penyanyi yang versatil, Misha banyak menimba ilmu pengetahuan menerusi pertandingan realiti ini.

"Saya sertai #JuaraParodi bukanlah untuk menjadi seorang pelawak. Saya cuba untuk menjadi seorang penghibur yang serba boleh.

"Menerusi #JuaraParodi, saya banyak belajar perkara baru seperti skil komunikasi dan bagaimana caranya untuk menjadi spontan di atas pentas seperti para pelawak yang lain," kata Misha kepada Astro Gempak.

Berpasangan dengan kumpulan Jambu dan menamakan kumpulan mereka sebagai Kobis Pedas, mereka menerima komen positif dari pihak juri menerusi persembahan yang telah lakukan.

Misha dan kumpulan Jambu memparodikan lagu Dua Insan nyanyian asal Datuk M. Nasir dan Yunizar Hussein di minggu pertama #JuaraParodi.

"Alhamdulillah, kami gembira apabila mendapat maklumbalas yang baik dari barisan juri. Saya senang bekerja dengan Jambu kerana mereka sangat profesional dan tiada sebarang masalah yang timbul setakat ini," kata Misha lagi.

#JuaraParodi diterajui oleh Najip Ali dan Dina Nadzir selaku pengacara manakala Zainal Abidin dan Afdlin Shauki akan bertindak selaku juri tetap.

#JuaraParodi bersiaran secara langsung di Royal Theater, Shah Alam pada setiap Jumaat, jam 10.00 malam di saluran Astro Warna (132) dan Astro Mustika HD (134) bermula 6 November 2015.

Layari 
www.juaraparodi.com.my untuk informasi lanjut mengenai #JuaraParodi. Gunakan hashtag #JuaraParodi untuk berinteraksi mengenai program ini di laman sosial.

Teks Oleh: Kamaruddin Razal

Artikel Berkaitan


Komen