Astro Perkenal Pertandingan Filem Pendek Baharu, ‘Shortcuts’

7 November 2015. 8.11 AM
2,259
Filem
Astro Perkenal Pertandingan Filem Pendek Baharu, ‘Shortcuts’

Selaras dengan hasrat untuk membangunkan dan meningkatkan taraf kecemerlangan di kalangan bakat- bakat kreatif yang ada di Malaysia, pihak Astro telah melancarkan sebuah pertandingan berbentuk filem pendek baru iaitu “Shortcuts”.

Astro Shaw selaku penerbit yang berjaya mengungguli beberapa anugerah filem di Malaysia terbitan mereka sendiri, seperti filem Polis Evo, The Journey, Terbaik Dari Langit, Apichatpong Weeraseethakul's Cemetery of Splendour,  dan banyak lagi telah pun mengesahkan sebanyak Sembilan penyertaan pengarah terkemuka Asia Tenggara dalam 'Shortcuts' sebagai platform untuk memberikan panduan dan menjadi mentor kepada pengarah baru yang mempunyai bakat-bakat kreatif.

Menurut Najwa Abu Bakar selaku Ketua Astro Shaw, tujuan utama ‘Shortcuts’ didakana adalah untuk mengalakkan lebih ramai pecinta dan pengeluar filem Malaysia untuk bersaing di peringkat antarabangsa.

"Sebagai satu kumpulan, kami bercita-cita untuk memupuk dan membangunkan bakat-bakat kreatif Malaysia dalam konteks seni pembikinan filem di Malaysia, dan misinya adalah untuk memartabatkan lagi untuk pengeluar filem Malaysia dan pengarah terbaik di tahap tersendiri dan boleh bersaing di peringkat Asia dan global. Empat bengkel intensif bakal termasuk teknik-teknik pembikinan filem  bersama pengarah-pengarah yang pernah memenangi anugerah dan mentor di rantau Asia Tenggara,” jelas Najwa Abu Bakar.

Oleh itu, Astro Shaw ingin menjemput  rakyat Malaysia yang berminat untuk menceburi dunia perfileman dan mengetengahkan bakat kreatif mereka dengan menghantarkan penyertaan mereka di info@shortcuts.my sebelum 15 November 2015.

Tiga filem terbaik akan berpeluang untuk memenangi RM 40,000 untuk setiap satu penyertaan. Mereka turut berpeluang menghasilkan filem pendek mereka sendiri dan berpotensi untuk  menjadi salah satu filem yang akan ditayangkan di festival filem tempatan dan juga di Saluran A-list (Saluran 456) di Astro. 

Kepada individu yang berminat, mereka hanya perlu menghantar borang penyertaan yang lengkap melalui YouTube atau Vimeo segala kompilasi kerja-kerja mereka sebelum ini dan menghantarkannya ke info@shortcuts.my

Hanya 18 penyertaan akan dipilih untuk terbabit dalam bengkel pertama pada Disember ini dan diikuti oleh satu siri untuk ketiga-tiga  bengkel ini yang memberi tumpuan terhadap penulisan skrip, persembahan dan kemahiran penerbitan.

Untuk keterangan lanjut mengenai media boleh hubungi:

Caydence Low

Assistant Vice President, Communications

Astro

Tel: +603 9543 6688 ext. 2939

Mobile: 013 359 6080

Email: poh-yan_low@astro.com.my   


Artikel Berkaitan


Komen