Tahniah diucapkan kepada Imam Muda Asyraf yang baru sahaja menyambut kelahiran bayi kedua pada petang Jumaat.

Berita gembira itu dikongsi oleh sendiri oleh Imam Muda Asyraf menerusi akaun Instagram @imammudaasyraf beserta foto kira-kira enam jam yang lalu.

Menerusi kapsyen yang ditulis, Asyraf juga menyampaikan rasa syukur ke hadrat ilahi kerana dikurniakan seorang lagi ahli baru dalam keluarganya.



“Alhamdulillah. Dengan keberkahan hari Jumaat, 6 Nov 2015, Tepat jam 3.04pm minit lahirlah Daie, Mujahid, Murabbi Umat, Mukhlisin, Muttaqin, Musleh, Mujaddid dari Bebanan rahmat dan limpahan kasih seorang ibu bernama Nur Husna Yusof serta ayahnya IM Asyraf Ridzuan.

“Dengan beratnya 2.65kg. Semoga amanah Allah ini dapat kami kedua ibu ayah pikul dgn baik. Doakan juga anak yg baru lahir ini menjadi anak yg soleh dan menjadi penyejuk mata umat serta bakal penyambung kerja Nabi SAW. Ameen Ya Rabal Alamin.”
tulisnya.

Dalam pada itu, ucapan tahniah tidak putus-putus diberikan kepada Imam Muda Asyraf oleh pengikut Instagramnya yang mendoakan kesejahteraan keluarga bahagia tersebut.

Terdahulu Iman Muda Asyraf dan isterinya, Nur Husna Yusoff mendirikan rumah tangga pada 14 Februari 2010.

Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan seorang anak lelaki yang diberi nama Aisy Raihan.

Teks Oleh: Mya Amri