Lancar Loghat Ganu, Ibu Yaya, Chacha, Emma Maembong Berdarah Mat Salleh?

11 November 2015. 10.05 AM
75,587
Hiburan
Lancar Loghat Ganu, Ibu Yaya, Chacha, Emma Maembong Berdarah Mat Salleh?

Kedatangan ibu ke rumah bagi kebanyakan anak adalah perkara biasa, tetapi tidak bagi adik beradik popular Emma, Chacha dan Yaya Maembong.

Tiga beradik ini bukan sahaja terkejut, malah teruja saat ibunya datang membuat kejutan di banglo yang menempatkan mereka ketika berlangsungnya program realiti digital bersiri The House untuk episod 3 akan datang.

Ia sesuatu yang sangat  istimewa buat mereka kerana jarang sekali bertemu dengan ibu kesayangan.

Terpancar kasih sayang di antara mereka apabila masing-masing berebut untuk melepaskan rindu dan manja pada ibu mereka.

Masa yang ada tidak disia-siakan, malah banyak aktiviti dilakukan bersama-sama setiap masa.

Menariknya, sekalipun berdarah 'Mat Salleh', ibu mereka fasih menggunakan loghat Terengganu, sehingga ia mampu membuatkan penonton tertanya-tanya, apakah 'Ayoh' mereka, Ismail Maembong benar-benar mengahwini wanita 'Mat Salleh' dari Scotland dengan nama Islamnya, Yatimah Zainab.

Menerusi episod 3 ini juga penonton dapat melihat Emma membawa Yaya dan Chacha ke pusat latihan Muay Thai milik kawannya, Awie. Berlaku pertarungan sengit diantara Emma dan Chacha. Siapakah yang akan menang? Semuanya bakal terjawab dalam The House.

The House disiarkan secara eksklusif menerusi portal Astro Gempak atau www.thehouse.com.my pada setiap hari Rabu jam 4.00 petang dan diikuti dengan siaran televisyen yang akan disiarkan di saluran Astro Ria (104) dan Astro Ria HD (123) pada setiap hari Isnin jam 9.30 malam bermula 2 November 2015.

Teks Oleh: Syafiqah Jalal


Artikel Berkaitan


Komen