Dimasukkan Ke Hospital, Ebby Yus Makin Stabil

11 November 2015. 3.05 PM
12,436
Zon Lawak
Dimasukkan Ke Hospital, Ebby Yus Makin Stabil

Pelawak Ebby Yus dilaporkan stabil selepas dimasukkan ke Hospital Queen Elizabeth 2, Kota Kinabalu, Sabah kerana masalah paru-paru sejak empat hari lalu.

Menurut Ebby Yus atau nama sebenarnya Muhammad Yunus Abdul Rashid, dia akan membuat rawatan susulan di Kuala Lumpur untuk mendapatkan gambaran sebenar mengenai penyakitnya itu.

“Insya Allah hari ini saya akan pulang ke Kuala Lumpur. Saya disyaki ada masalah paru-paru tetapi semua ini belum dapat dipastikan lagi.

“Mungkin juga disebabkan keadaan jerebu sebelum ini membuatkan masalah paru-paru saya menjadi teruk,” seperti dipetik menerusi Berita Harian Online.

Sebelum ini Ebby Yus pernah dimasukkan ke hospital akibat tekanan darah tinggi selain menjalani pembedahan pintasan jantung 15 tahun yang lalu.

Olahan Semula: Khalid Rahman

Sumber Oleh: Berita Harian Online


Artikel Berkaitan


Komen