Emma Maembong Smacked Down Adiknya, Chacha Tanpa Belas Kasihan?

12 November 2015. 6.02 PM
6,416
Hiburan
Emma Maembong Smacked Down Adiknya, Chacha Tanpa Belas Kasihan?

Mengejutkan sungguh apabila aktres jelita, Emma Maembong secara tiba-tiba telah melakukan aksi smacked down sebanyak beberapa kali terhadap adiknya Chacha Maembong sewaktu menjayakan latihan tinju Muay Thai.

Chacha Maembong pula seakan tidak berdaya untuk menangkis pukulan ‘menggila’ Emma itu, namun dia tetap berjaya meraih sokongan serta kata-kata semangat daripada kakak sulungnya, Yaya Maembong supaya bangkit menentang Emma semula.

Situasi menarik inilah yang dapat anda saksikan dalam episod ketiga The House yang telah mula bersiaran di laman pautan www.TheHouse.com.my, sejak jam 4 petang semalam.

Sebenarnya, apa yang dilakukan oleh Emma itu bukanlah aksi sebenar untuk melempiaskan rasa geram atau tidak puas hatinya terhadap Chacha. Sebaliknya, apa yang dilakukan oleh Emma terhadap Chacha itu hanyalah sekadar satu gurauan semata-mata.

Memang sudah menjadi kebiasaan buat mereka adik-beradik untuk bergurau dengan cara begitu. Ia mungkin boleh kasar atau keterlaluan, namun itulah cara mereka untuk menambahkan lagi kemesraan serta hubungan kasih sayang di antara mereka.

Bersesuaian dengan semangat Kotex, yang begitu menitik-beratkan hubungan kekeluargaan, persaudaraan serta persahabatan, tidak kira dalam apa jua situasi atau keadaan.

Begitulah juga yang cuba dilakukan Chacha, Yaya dan Emma dalam memastikan hubungan kekeluargaan dan persaudaraan di antara mereka akan tetap kekal terjalin sampai bila-bila.

Dalam pada itu, episod ketiga The House juga turut menyaksikan kemunculan Mama mereka iaitu Yatimah Zainab yang berasal dari Scotland.

Kemunculan Yatimah benar-benar memberikan impak buat The House kerana dia sungguh petah menggunakan loghat Terengganu sehinggakan kita lupa bahawa dia sebenarnya memiliki darah Mat Salleh.

Pelbagai aktiviti yang mereka lakukan bersama. Paling menarik adalah apabila mereka diberikan tugasan oleh Mama mereka itu untuk menjadi model serta melakukan catwalk tetapi pada waktu yang sama, mereka hanya diberikan masa selama 6 minit untuk bersiap.

Memang sengaja Mama memberikan tempoh masa yang sesingkat itu untuk bersiap kerana selalunya ketiga-tiga mereka akan mengambil masa yang berjam-jam lamanya untuk tampil cantik dan menarik.

Ketika memperagakan baju mereka, Emma telah menunjukkan stail ‘catwalk’ yang berinspirasikan gaya supermodel terkenal antarabangsa. Disebabkan itu, Mama telah memilihnya sebagai pemenang di dalam tugasan tersebut.

Apakah yang akan berlaku dalam episod keempat The House pada minggu hadapan? Jangan lupa saksikan The House yang disokong oleh Kotex di www.TheHouse.com.my pada hari Rabu depan, jam 4 petang.


Artikel Berkaitan


Komen