#KamiPrihatin, Penjagaan Anak-Anak Tanggungjawab Siapa?

16 November 2015. 2.30 AM
1,344
Gaya Hidup
#KamiPrihatin, Penjagaan Anak-Anak Tanggungjawab Siapa?

Program bual bicara terbaru ‘Kami Prihatin’ malam ini bakal membincangkan topik  Pengabaian Kanak-Kanak.

Program yang dihoskan oleh Nazri Kahar itu turut mengundang Pengarah Bahagian Kanak-Kanak, Jabatan Kebajikan Masyarakat, Arfan Sulaiman dan Ketua Jabatan Psikiatri, Hospital Sungai Buloh, Dr. Zulkifli Ghaus sebagai panel.

Selain itu Bendahari Kehormat, Persatuan Pekerja Sosial Malaysia, Amy Bala juga akan memberikan pandangan mengenai topik yang dibincangkan menerusi panggilan telefon.

Kami Prihatin, sebuah program bual bicara mingguan yang membincangkan tentang isu semasa dan masalah sosial yang berlaku dalam masyarakat hari ini.

Lebih menarik lagi, Kami Prihatin merupakan sebuah program menarik yang lebih dekat dengan masyarakat kerana konsepnya yang ringan dan santai.

Selain itu media sosial seperti Facebook, Twitter, Instagram, Skype dan lain-lain lagi akan turut digunakan sebagai medium untuk audiens lebih dekat dengan ‘topik’ yang dibincangkan.

Program yang berlangsung selama 30 minit itu disiarkan di Astro Prima (saluran 105) dan Maya HD (saluran 135) setiap Isnin, pukul 9.30 malam.

Penjagaan anak-anak, tanggungjawab siapa? Ibu bapa atau pengasuh? Jangan lupa saksikan #KamiPrihatin, malam ini.


Artikel Berkaitan


Komen