Emma, Chacha, Yaya Maembong Jawab Tuduhan Gedik Di MeleTOP

17 November 2015. 4.52 PM
5,024
Hiburan
Emma, Chacha, Yaya Maembong Jawab Tuduhan Gedik Di MeleTOP

Trio adik-beradik Maembong akan muncul di MeleTOP pada malam ini untuk menjawab dakwaan sesetengah pihak yang menganggap mereka gedik dalam program realiti The House.

Selain tuduhan gedik, Emma, Chacha dan Yaya juga akan menjawab semua persoalan tentang program realiti The House yang memaparkan realiti hidupan seharian mereka.

Lebih menarik lagi, tiga beradik ini juga akan diberi cabaran 'Hias Kek' secara 'live' bersama pengacara Nabil Ahmad dan Neelofa.

Bagaimana agaknya 'rupa' kek yang akan dihias tiga beradik popular ini nanti ya? Atau mampukah mereka menepis semua tuduhan yang dilemparkan?

Peserta Gegar Vaganza 2 (GV2), Amir Ukays juga akan berada di studio MeleTOP berkongsi pengalamannya dalam pertandingan tersebut.

Penyanyi Ronnie pula akan membuat persembahan istimewa dengan menyampaikan sebuah lagu, sementara geng Oh My English, Sasha Saidin, Zain Saidin dan Carmen Soo juga akan turut mengegarkan studio.

Jangan lupa untuk saksikan MeleTOP pada malam ini, pukul 9 malam di Astro Ria (saluran 104) dan Ria HD (saluran 123).


Artikel Berkaitan


Komen