Bintang sitkom Two And A Half Men, Charlie Sheen, 50, dilaporkan penghidap HIV positif atau AIDS (Sindrom Kurang Daya Tahan Penyakit Akut yang Teruk).

Dipetik menerusi media antarabangsa, aktor berusia 50 tahun itu sedang menjalani rawatan intensif dan bersedia untuk muncul di wawancara eksklusif bersama Matt Lauer menerusi program The Today Show untuk mendedahkan penyakit yang dihadapinya itu.

Perkara tersebut disahkan sendiri oleh orang terdekat Charlie Sheen yang mahu meminta bantuan pakar perundangan Hollywood, Howard Bragman untuk menangani krisis yang dihadapi bintang tersebut.

“Charlie Sheen disahkan penghidap HIV positif sejak sekian lama. Saya tidak terkejut dengan perkara tersebut dan amat kesal dengan apa yang terjadi. Semoga ianya memberi pengajaran kepada umum di seluruh dunia.

“Temubual eksklusif ini bakal memberi kejutan dan rasa simpati umum kepada Charlie,” jelas Howard Bragman.

Charlie Sheen sebelum ini pernah bergelumang dengan masalah penyalahgunaan dadah selain pernah membuat pengakuan mengenai tabiat buruk melanggani pelacur sebelum ini.

Olahan Semula: Khalid Rahman

Sumber: USA Today, People, Radar Online