Yaya Maembong Bawa Iguana Breakfast Semeja Dengan Emma & Chacha?

18 November 2015. 3.01 PM
5,122
Hiburan
Yaya Maembong Bawa Iguana Breakfast Semeja Dengan Emma & Chacha?

Suasana di meja sarapan menjadi kecoh apabila Yaya membawa haiwan peliharaan kesayangannya, seekor iguana bernama Lilo untuk duduk semeja bersama adik-adiknya Emma dan Chacha.

Menerusi episod 4 The House kali ini, penonton boleh lihat Yaya Maembong merupakan seorang kakak yang rajin dan bertangungjawab menyediakan sarapan pagi untuk adik-adiknya.

Dek kerana Yaya sudah meyiapkan semua sarapan itu, dia telah memaksa Emma dan Chacha untuk bangun semata-mata makan hidangan yang telah disediakan.

Meskipun Emma dan Chacha seolah-olah tidak gemar dengan sarapan yang dibuat oleh kakaknya, namun mereka tetap mengambil hati dengan menghabiskannya pada pagi tersebut.

Bagaimana pun, suasana di meja makan pagi itu sedikit kecoh apabila Yaya membawa binatang peliharaan dan kesayangannya iguana yang bernama Lilo untuk duduk semeja bersarapan bersama-sama.

Nak tahu bagaimana reaksi Emma dan Chacha apabila Lilo ada semeja ketika mereka bersarapan? Saksikan program realiti digital bersiri The House episod 4.

The House disiarkan secara eksklusif menerusi portal Astro Gempak atauwww.thehouse.com.my pada setiap hari Rabu jam 4.00 petang dan diikuti dengan siaran televisyen yang disiarkan di saluran Astro Ria (104) dan Astro Ria HD (123) pada setiap hari Isnin jam 9.30 malam.

Teks Oleh: Syafiqah Jalal


Artikel Berkaitan


Komen